Usahawan Felda Kepis (Puan Noraziah Binti Amat Shawal)
USAHAWAN FELDA KEPIS
NAMA: NURAZIAH BINTI AMAT SHAWAL
JENIS PERNIAGAAN: KEDAI CHAR KUEH TEOW
TAHUN MULA BERNIAGA: 2015
NO TEL: 012-6586624
Char Kueh Teow sedap boleh didapati di kedai Puan Noraziah Binti Amat Shawal. Puan Noraziah, 29 merupakan peniaga kedai makan Char Kueh Teow di Felda Kepis. Suaminya En Sharul Azry Bin Abd Karim 31 sentiasa membantu dan memberi sokongan kepada isterinya yang suka memasak dan berniaga. Pasangan ini mempunyai 3 orang cahaya mata 2 lelaki dan seorang perempuan.
Pada tahun 2015,dengan berbekalkan modal sendiri, Puan Noraziah mula berniaga dengan menjual jus buah sahaja, sambutan amat menggalakkan dan ini memberi semangat kepada beliau untuk pelbagaikan jualannya. Kedainya terletak di alamat No 276 Blok 2B 72100 Felda Kepis Bahau Negeri Sembilan. Bakat memasak yang dimiliki oleh beliau dimanfaatkan yang mana Puan Noraziah memulakan jualan masakan panas dengan menu utama Char Kueh Teow. Selain char kueh teow, terdapat juga masakan panas lain seperti mee goreng,bihun goreng, dan beberapa yang lain. Kini beliau juga turut menyediakan menu baru iaitu menu sup. Minuman juga tidak terhad kepada jus buah segar, tedapat juga minuman panas yang pelbagai.
Kedainya yang dibuka setiap hari dan tutup pada Ahad ini beroperasi dari jam 4.00 petang hingga 11.00 malam. Pelanggan beliau terdiri daripada penduduk kawasan sekitar Felda Kepis. Menerima tempahan menerusi aplikasi whatsapp bagi pelanggan yang ingin bawa pulang menjadikan satu kemudahan bagi pelanggan beliau. Puan Noraziah juga sedia menerima tempahan untuk majlis tertentu.
Bagi Puan Noraziah, beliau berharap perniagaan char kueh teow ini dikenali, mendapat sambutan dan diluaskan jualan di luar kawasan pada masa akan datang. Semoga perniagaan beliau terus maju.