Jom Masak

02 November 2016 |

Laporan Aktiviti PI1M Felda Kepis

Q3 2016

Nama Program: Jom Masak

Tarikh & Waktu Program: 29 Oktober 2016

Tempat: Pusat Internet 1 Malaysia Felda Kepis

Program yang dijalankan ini adalah aktiviti santai bersama ahli-ahli Pusat Internet 1 Malaysia Felda Kepis, sebagai salah satu pendekatan menarik untuk meraikan mereka. Aktiviti seperti ini membina daya kreativiti dan semangat berkumpulan yang lebih santai dan bermanfaat.

Aktiviti ini telah disertai oleh 18 orang peserta yang terdiri daripada ahli Pusat Internet Felda Kepis itu sendiri dari lingkungan usia 10-14 tahun. Program bermula jam 10.00 pagi dengan penerangan mengenai demo masakan biskut coklat chip ini. Semua peserta diberikan masa untuk melayari laman youtube dahulu dengan carian tips masakan coklat cip. Mereka juga dikehendaki membuat carian resepi biskut dengan menggunakan bahan yang disediakan.

Para peserta seronok dapat melalui sendiri pengalaman membuat biskut dengan bahan-bahan yang telah disediakan antaranya tepung gandum, gula kastor,coklat cip,planta,soda bikarbonat,esen vanilla dan jem kacang. Sukatan dilakukan sendiri oleh ahli  kumpulan.Melalui demo di awal aktiviti, mereka membuatnya sendiri. Kerjasama antara kumpulan dapat dilihat untuk memastikan kekemasan dan rasa yang sedap mengikut resepi yang diberikan.

Program berakhir dengan persembahan biskut coklat cip dari setiap kumpulan dan sesi makan biskut. Masing-masing seronok denganhasil tangan mereka sendiri dan makan dengan santai.