Mini Box Misteri

24 December 2016 | Berita Terkini

Laporan Aktiviti PI1M Felda Kepis

Q4 2016

Nama Program: Mini Box Misteri

Tarikh & Waktu Program:  21 Disember 2016

Tempat: Pusat Internet 1 Malaysia Felda Kepis

Sempena musim cuti sekolah yang sedang berlangsung, Pusat Internet 1 Malaysia Felda Kepis telah mengadakan satu aktiviti yang dinamakan Mini Box Misteri bersama ahlinya. Aktiviti ini melibatkan ahli yang berumur dari seawal 7 hingga 15 tahun. Ianya berkonsepkan kuiz terbuka dari pilihan soalan yang terdsapat di dalam box misteri tersebut.

Program bermula sekitar jam 2.00 petang dimana para peserta mendaftar dan diberikan penerangan ringkas tentang aktiviti yang berlangsung. Seramai 18 orang peserta hadir dan mereka dibentuk dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan akan membuat cabutan didalam box misteri. Di dalam box misteri tersebut terdapa pelbagai soalan,tugasan ,misteri seperti denda,dan tawaran kepada kumpulan yang terlibat. Jika bernasib baik, mereka mungkin mendapat soalan dan tawaran markah tambahan atau sebaliknya seprti denda,kehilangan soalan dan sebagainya.

Terdapat dua sesi yang berlangsung,sesi pertama ramai yang terselamat daripada denda dan mereka mengumpul banyak markah. Namun sesi kedua kumpulan bertambah sengit apabila ramai yang mencabut kertas denda dan kertas bonus markah. Masing-masing seronok dengan gandaan markah yang mereka peroleh. Antara soalan yang terlibat adalah pengetahuan am dan mereka menjawab tanpa sebarang bantuan gadget dan internet. Soalan yang diberikan bersesuaian dengan umur mereka yang pelbagai didalam kumpulan.

Aktiviti berakhir dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dan penyampaian saguhati dan sesi bergambar dengan ahli kumpulan.