Mini PI1M Explorace

27 December 2016 | Berita Terkini

Laporan Program PI1M Felda Kepis

Q4 2016

Nama Program: Mini PI1M Explorace

Tarikh & Waktu Program:  22 December 2016

Tempat:  PI1M Felda Kepis

       Seramai 20  ahli PI1M iaitu  pelajar bawah 20 tahun  telah menyertai program Mini Explorace baru-baru ini.Program ini bertujuan memupuk semangat bersaing ,bekerjasama dalam kumpulan , dan  mengasah pemikiran kreatif dan kritis dalam kalangan pelajar untuk menyelesaikan cabaran.

       Sebelum Pertandingan ini bermula pelajar akan dibentuk dalam satu kumpulan.5 orang ahli dalam satu kumpulan .Selepas 4 kumpulan di bentuk ,taklimat disampaikan oleh Pengurus PI1M Felda kepis.Pada program berkenaan ,ketua kumpulan akan diberikan 20 soalan pengetahuan am ,maka mereka perlu mencari 20 jawapan hasil daripada klu yang mereka dapat. Terdapat 4 tugasan yang perlu diselesaikan .

      Setiap tugasan yang selesai ,ketua akan dapat klu untuk mencari 5 jawapan. Tugasan pertama ,setiap ketua kumpulan dipertanggungjawabkan melukis Logo 1 Malaysia, tugasan kedua semua ahli kumpulan disuruh menyanyi lagu Negaraku dengan betul,tugasan ketiga zapin, dan tugasan terakhir ,semua kumpulan berada di dalam PI1M untuk menyelesaikan teka teki bergambar. Aktiviti seumpama ini sangat menguji stamina dan minda pelajar dalam menyelesaikan setiap cabaran.

       Kumpulan yang paling cepat menjumpai 20 jawapan yang telah disembunyikan akan dikira sebagai pemenang. Aktiviti berakhir dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang menang dan penyampaian saguhati dan sesi bergambar dengan ahli kumpulan.