Kemudahan Awam


Antara kemudahan awam yang terdapat di Felda Kepis ialah Klinik Desa. Klinik ini dibuka setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 8.00 pagi hingga 5 petang. Klinik Desa ini menawarkan Perkhidmatan kesihatan di klinik desa yang sebelum ini tertumpu kepada rawatan ibu dan bayi akan diperluaskan dengan memberikan rawatan penyakit ringan termasuk demam, batuk dan selesema.

Terdapat juga padang futsal,dan padang awam untuk digunakan sebagai tempat beriadah. Terletak berhampiran dengan perumahan warga felda, kedua-dua padang ini dijadikan tempat untuk para kanak-kanak dan remaja melakukan aktiviti riadah atau sukan pada waktu lapang.

Dewan orang ramai Felda Kepis dijadikan tempat meraikan pelbagai jenis majlis dan keraian bagi penduduk sekitar dan badan-badan persatuan. Hal ini kerana dewan  ini dapat menampung pengunjung kira-kira 300 orang pada satu-satu masa. Antara majlis yang dijalankan ialah Program Sambutan Hari Raya Felda Kepis,majlis perkawinan, program-program kemasyarakatan dan sebagainya.


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.