Komuniti


 

JKKK iaitu Jawatankuasa Keselamatan Kampung merupakan organisasi sesebuah kampung untuk mentadbir dan menguruskan sesebuah kawasan kampung. Di kawasan Felda Kepis, ianya dianggotai oleh seorang Ketua Kampung dan di Pengerusikan oleh Pengurus Felda Kepis. Ahlinya pula adalah dari kalangan ketua-ketua blok  lelaki dan wanita. Mereka membincangkan keselamatan dan perkembangan kampung demi kesejahteraan bersama.

Gerakan Persatuan Wanita (GPW) adalah persatuan wanita yang paling aktif dan dianggotai oleh kesemua penerokawati di Felda. GPW ini diwujudkan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR). Tujuan penubuhan GPW ini adalah untuk membolehkan penerokawati juga terlibat dalam pembangunan Felda dan ianya juga menunjukkan bahawa wanita juga tidak ketinggalan dalam memajukan Felda ini. GPW bergiat aktif dalam aktiviti wanita seperti menubuhkan kumpulan Marhaban & Yasin, kelas al-Quran dewasa , menjaga keceriaan kawasan felda dan sebagainya  lagi.


MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA ditubuhkan dan didaftarkan pada 7 Ogos 1991 dengan hasrat untuk menjadi sebuah badan penyelaras persatuan-persatuan belia Felda di Malaysia. Penubuhan MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA juga selari dengan hasrat kerajaan untuk melihat generasi kedua Felda proaktif menghadapi cabaran dalam era globalisasi.Majlis Belia Felda Malaysia-Felda Kepis juga antara pertubuhan yang aktif. Dianggotai oleh belia dari pelbagai latar belakang dengan tujuan untuk menggalakkan kemajuan pertubuhan belia yang seimbang dalam pelbagai bidang. Memupuk sikap bertanggungjawab, semangat patriotisme dan kesukarelawanan di kalangan pertubuhan belia. Menganjurkan dan mengalakkan minat untuk kesuburan rohani, jasmani, ekonomi dan pendidikan belia di kalangan badan-badan yang mempunyai minat dalam perkara ini. Bekerja rapat dengan badan-badan yang bertanggungjawab berkenaan hal ehwal belia untuk kepentingan pergerakan belia.



 

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.