Maklumat Tempatan

Tanah Rancangan FELDA mula dibangunkan pada tahun 1956 yang diasaskan oleh Tun Abdul Razak Perdana Menteri ketika itu. Antara kawasan Felda yang terawal dibuka ialah di Lembah Bilut, Bentong, Pahang dengan kira-kira 400 orang peserta @ peneroka. Mereka meneroka tanah hutan untuk penanam getah bagi menyara kehidupan mereka sebagai sumber pendapatan.

Rancangan Felda Kepis ini pula dibangunkan pada sekitar tahun 1981 yang mana ianya terletak dalam  Rancangan Felda Wilayah Raja Alias. Terletak di daerah Kuala Pilah, kawasan Parlimen Kuala Pilah,Dun Senaling dan bandar terdekat ialah Kuala Pilah kira-kira 20 KM. Ianya juga berdekatan dengan bandar Bahau,Jempol kira- kira 15KM. Jumlah peneroka  di Felda Kepis ialah seramai 340 orang dan terdapat 340 rumah peneroka di Felda ini yang menjalankan aktiviti pertanian tanaman getah. Peneroka kebanyakannya berasal dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia. Namun kini mereka juga menjalankan pelbagai aktiviti lain untuk menambah sumber pendapatan seperti perniagaan kedai runcit / makan , penternakan dan pertanian.


Daerah

Kuala Pilah

Negeri

Negeri Sembilan Darul Khusus

Lat/Long PI1M

2.739,102.345

Populasi

Jumlah Keseluruhan: 2171

Jumlah Rumah:340

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Getah), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu & Kambing)

Senarai Nama Ahli Parlimen/Adun Kawasan

Menteri Besar:YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hassan

Ahli Parlimen:Dato’ Seri Hasan Malek

Adun Kawasan: YB Dato’ Hj Ismail bin Lasim

Pengurus Felda: En Mohd Ruslan Bin Suli

Ketua Kampung: En Zulkifli Bin Abas

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.