Pelancongan & Rekreasi

PELANCONGAN DAN REKREASI

Muzium Istana lama Seri Menanti

Istana Lama Seri Menanti adalah istana yang unik diperbuat daripada kayu. Dibina pada 1902 dan siap pada tahun 1908 kerana Istana Pulih telah dibakar oleh askar-askar Inggeris semasa mengejar Yamtuan Antah ketika berlakunya peperangan Bukit Putus. Istiadat perasmian istana ini telah dilakukan oleh DYMM Yang DiPertuan Muhammad Ibni Almarhum Yamtuan Antah. Baginda telah bersemayam di istana ini sehingga tahun 1931 dan baginda berpindah pula ke istana baru yang dibina berhampiran dengan istana lama.

Istana ini mempunyai 99 batang tiang termasuk empat batang tiang seri yang panjangnya 67 kaki. Keempat-empat tiang ini telah diambil dari Bukit Pergai, Jelebu. Kayu-kayu lain diambil dari Bukit Tinggi iaitu dari jenis kayu penak. Keunikan istana ini ialah ia tidak menggunakan sebarang paku besi tetapi pakunya diperbuat daripada kayu yang dipanggil pasak.

Istana ini juga pernah digunakan oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan untuk dijadikan Sekolah Menengah Agama Tinggi pada tahun 1959 sehingga tahun 1964. Kemudian istana ini dibiarkan kosong tanpa penghuni sehingga pada tahun 1992, atas kesedaran DYMM Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, Istana ini dengan rasminya diwartakan sebagai 'Muzium Diraja'. Perasmiannya telah dilakukan pada 14 Julai 1992 bersamaan 14 Muharram 1413 Hijrah. Pengurusan Muzium Diraja adalah di bawah pentadbiran Muzium Negeri, Negeri Sembilan.

Mulai saat inilah Muzium Diraja Istana Lama Seri Menanti telah bertukar wajah dengan mempamerkan koleksi-koleksi keluarga Diraja. Setiap ruang telah diisi tanpa mengubah bentuk asal istana bagi menerangkan fungsi ruang-ruang tersebut. Penambahan bahan koleksi Muzium akan dilakukan dari semasa ke semasa dengan kerjasama pihak istana.

 

Hutan Lipur Ulu Bendul

Hutan Lipur Ulu Bendul terletak di daerah Kuala Pilah, N.Sembilan. Kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat, tapak perkhemahan, taman herba, taman ular, chalet, tandas, dan denai hutanHutan Lipur Ulu Bendul terletak di daerah Kuala Pilah, N.Sembilan. Kemudahan yang disediakan seperti pondok rehat, tapak perkhemahan, taman herba, taman ular, chalet, tandas, dan denai hutan. 20 km dari Bandar Seremban dan 20 km dari Bandar Kuala Pilah melalui Jalan Seremban-Kuala Pilah .Hutan Lipur Ulu Bendul terletak di dalam Hutan Simpan Angsi yang merupakan jenis hutan dipterokarpa pamah.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.