Pendidikan

Sekolah Kebangsaan kepis Felda (SKKF)

 

Ditubuhkan pada tahun 1983 yang asalnya hanya mempunyai empat buah bangunan kayu setingkat. Pada waktu itu hanya 3 kelas sahaja dan kantin. Peningkatan murid dari tahun ke tahun menyebabkan kekurangan bilik darjah,lalu pada tahun 1989 dijalankan Pembelajaran &  Pengajaran (P&P) secara dua sesi; pagi dan petang. Pada 1990 satu blok baru tiga tingkat dibina  dan seterusnya pada 1991 kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan projek penyelenggaraan ke atas bangunan kayu dan seterusnya 1994 Sekolah Kebangsaan Kepis Felda di naik taraf. Pada hari ini kira-kira 180 orang murid dari sekitar Felda Kepis bersekolah di SKKF ini dengan kehadiran guru seramai 16 orang guru. Sekolah ini terletak berhampiran dengan PI1M Felda Kepis dan berada di tengah-tengah kawasan Felda Kepis yang mudah di akses oleh semua.

 

Pusat Dalam Komuniti Felda Kepis

 

Kewujudan Pusat Dalam Komuniti Felda Kepis memberi seribu harapan kepada insan yang kurang upaya, khasnya kepada penduduk di sekitar Felda Kepis. Telah dibuka secara rasminya pada 1 Jun 1994, PDK Felda Kepis kini mempunyai seramai 24 orang pelajar, dibantu oleh 3 orang  guru dan seorang penyelia. Tugas seorang guru PDK bukan hanya tertumpu kepada akademik, tetapi meliputi hal menguruskan diri dan mengenal dunia luar. Ini dapat mengelakkan golongan istimewa ini dari terperap di dalam rumah, disorokkan dari pandangan umum.

Guru Besar SKKF- En Arifin Bin Md Yusof (013 620 1965)

Guru Penolong Kanan SKKF-Puan Hasnah Bt Abdul Ghani (019 320 3416)

Pra Sekolah & Tabika Kemas & Pusat Literasi

Pendidikan awal kanak-kanak juga amat penting, jadi kemudahan prasarana pendidikan seperti Pra Sekolah dan Tabika Felda Kepis amat membantu penyampaian ilmu kepada generasi baru. Kedua-dua sekolah ini berhampiran dengan SKKF dan terletak di tengah kawasan utama Felda Kepis. Ibu bapa mempunyai pilihan untuk menghantar anak mereka ke sekolah yang tersedia terutama bagi kanak-kanak yang berusia 4-6 tahun itu.


Sekolah Agama Rakyat Felda Kepis

Pendidikan agama secara menyeluruh juga disediakan di Felda Kepis yang mana ibu bapa mendaftarkan anak mereka bagi sesi petang. Terdiri daripada 5 kelas dan dikendalikan oleh 4 tenaga pengajar dan lokasinya berhampiran Masjid Kariah Felda Kepis.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.