Berita & Aktiviti Terkini

Keyboard Challenge

11 April 2018 | Berita Terkini

  Pada hari rabu 11 April 2018 bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Keratong 06 telah mengadakan Pertandingan ‘” Keyboard Challenge”. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Seramai 10 orang, terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang terlibat dalam pertandingan ini yang berumur antara 8 hingga 14 tahun.   Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk menguji kemahiran peserta dalam menaip dengan baik tanpa ada kesalahan ejaan, tanda-tanda seru, titik dan sebagainya. Peserta dirikan masa yang telah ditetapkan untuk menaip dan meyiapkan sebuah karang yang telah diberikan oleh pihak... read more

Celik IT QI 2018 : Nur Irdina Hadirah

27 March 2018 | Berita Terkini

Nur Irdina Hadirah merupakan seorang ahli Pusat Internet 1Malaysia Felda Keratong 06 sejak Disember 2017. Irdina berumur 13 tahun merupakan seorang pelajar di SMK Chanis. Irdina telah dipilih sebagai seorang yang Celik IT kerana hampir setiap hari selepas waktu persekolahan, Irdina akan ke PI1M untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberikan gurunya.   Pada awal penubuhan PI1M Felda Keratong 06, Irdina mengambil langkah bijak dengan mengikuti kelas latihan ICT di sini. Pada awalnya kami di PI1M memperkenalkan kepada Irdina perkakasan komputer sebelum beralih kepada aplikasi Google dan Microsoft Word. Kami mengajar Irdina cara... read more

Spell It Right Competition

21 March 2018 | Berita Terkini

“Spell It Right Competition” telah berlangsung dengan jayanya pada hari Rabu, 21 Mac 2018 di Pusat Internet 1Malaysia Felda Keratong 06. Seramai 10 orang pelajar terlibat dalam program ini. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mencungkil bakat dan kemahiran mengeja para pelajar sekolah rendah & sekolah menengah dalam Bahasa Inggeris di samping menguji kepekaan pelajar terhadap perkataan yang disebut. Penyertaan adalah terdiri daripada 10 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Program bermula pada jam 02.30 petang dengan tayangan video dan taklimat Klik Dengan Bijak. Dengan adanya pendedahan video ini, para... read more

Program Kenali Diri & Demo Masakan Bersama Bahagian Pendidikan Kemahiran KEMAS Daerah Rompin

15 March 2018 | Berita Terkini

Program Kenali Diri & Demo Masakan bersama Bahagian Pendidikan Kemahiran KEMAS Daerah Rompin telah berjaya dilaksanakan pada 15 Mac 2018 (Khamis) bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Keratong 06. Seramai 34 orang tetamu hadir untuk memeriahkan program ini yang terdiri daripada suri rumah & golongan belia. Tujuan utama aktiviti ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dengan komuniti setempat, di samping membentuk kerjasama dengan warga kerja KEMAS (Bahagian Pendidikan Kemahiran) Daerah Rompin. Program bermula pada jam 3.00 petang dengan tayangan video Klik Dengan Bijak bertajuk “Penipuan Internet”. Selepas itu,... read more

USAHAWAN TEMPATAN : HISAM & ITA ENTERPRISE

27 February 2018 | Profil Usahawan Tempatan

HISAM & ITA ENTERPRISE Syarikat Hisam & Ita Enterprise merupakan perniagaan yang dijalankan oleh sepasang suami isteri di Felda Keratong 06. Encik Mohd Hisam merupakan anak peneroka Felda Keratong 6. Pasangan ini menjalankan perniagaan tempe, tauhu, sambal pecal dan air soya. Di samping itu, Puan Siti Anita yang merupakan isteri kepada Encik Mohd Hisam mempunyai kepakaran dalam membuat kek & pelbagai jenis kuih untuk Hari Raya. Mereka sudah mengusahakan perniagaan ini selama lebih 10 tahun. Sebelum menjalankan operasi perniagaan mereka, pasangan ini telah mengikuti kursus membuat tauhu & air soya di Johor... read more

Sireh Junjung Challenge

20 February 2018 | Berita Terkini

14 February 2018 | Berita Terkini   Pada 14 Febuari 2018 Pusat Internet 1Malaysia Felda Keratong 06 telah mengadakan Pertandingan “ Sireh Junjung Challenge ”Pertandingan ini terbuka kepada ahli PI1M dan juga komuniti di Felda Keratong 06. Seramai 5 orang yang terlibat, terdiri daripada umur 30 sehingga 50 tahun. Tujuan aktiviti ini dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli PI1M, komuniti setempat dengan staf PI1M. selain itu, dapat mengisi waktu lapang dengan aktiviti yang berfaedah serta berilmu. Pertandingan ini juga dapat dijadikan landasan mencungkil dan mengasah bakat semulajadi dalam bidang keseniaan, kebudayaan dan... read more

The Power Of Dam Aji

07 February 2018 | Berita Terkini

Pada 07 Febuari 2018 Pusat Internet 1Malaysia Felda Keratong 06 telah mengadakan Pertandingan ‘”The Power Of Dam Aji”. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Seramai 8 orang, terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang terlibat dalam pertandingan ini, berumur antara 12 hingga 14 tahun.   Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk menguji kemahiran berfikir para peserta dan cara peserta mengatur stategik dalam mencapai kemenangan. Peserta berlawan tidak mengikut umur kerana telah mengikut cabutan undian yang telah disediakan oleh pihak pengurusan pertandingan.   Aktiviti dimulakan dengan perdaftaran peserta, tayangan video... read more

Usahawan Tempatan : Arissa Bakery

26 January 2018 | Profil Usahawan Tempatan

ARISSA BAKERY             Arissa Bakery merupakan perniagaan yang baru 2 tahun bertapak di Felda Keratong 06. Pemilik Arissa Bakery ialah Puan Noor Atikah binti Mustaffa. Beliau merupakan seorang ibu kepada 3 cahaya mata dan pernah bekerja sebagai pembantu jualan di sebuah pasaraya. Suami Puan Atikah yang menghidap penyakit buah pinggang merupakan pendorong utama kepada beliau untuk menjalankan perniagaan Arissa Bakery ini.             Pada awalnya, Puan Atikah hanya membuat roti untuk dimakan bersama ahli keluarganya. Namun setelah mendapat permintaan dari rakannya, beliau mula mengusahakan perniagaan roti secara kecil-kecilan... read more

Pertandingan Sahibba PI1M Felda Keratong 06

18 January 2018 | Berita Terkini

Pada 18 Januari 2018 Pusat Internet 1Malaysia Felda Keratong 06 telah mengadakan Pertandingan Sahibba. Pertandingan ini terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Seramai 4 orang pelajar sekolah rendah dan 4 orang pelajar sekolah menengah terlibat dalam pertandingan ini yang berumur antara 11 hingga 13 tahun.   Tujuan aktiviti ini dilaksanakan adalah untuk menguji kemahiran berfikir para peserta dan daya untuk menyelesaikan masalah. Peserta sekolah rendah dikehendaki membentuk perkataan dalam Bahasa Melayu manakala peserta sekolah menengah dikehendaki membentuk perkataan dalam Bahasa Inggeris.   Aktiviti dimulakan dengan tayangan video “Klik Dengan Bijak” bertajuk Berkongsi Secara... read more

MAJLIS BACAAN YAASIN & DOA SELAMAT PI1M FELDA KERATONG 06

11 January 2018 | Berita Terkini

Majlis Bacaan Yaasin & Doa Selamat Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Keratong 06 telah diadakan pada hari Khamis, 11 Januari 2018 bertempat di PI1M Felda Keratong 06. Pihak pengurusan PI1M telah menjemput kumpulan Marhaban seramai 20 orang yang terdiri daripada penerokawati Felda Keratong 06 untuk mengetuai bacaan Yaasin & doa selamat. Antara tetamu lain yang hadir termasuklah Ahli Jawatankuasa PI1M dan sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).   Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara staff PI1M dengan komuniti setempat di samping memperkenalkan PI1M kepada masyarakat setempat mengenai kemudahan dan... read more

lagi berita & aktiviti