Berita & Aktiviti Terkini

Profile Usahawan Tempatan Ogos 2017 : Wahab Bin Mamat

16 August 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Wahab Bin Mamat merupakan seorang pengusaha kedai runcit. Beliau merupakan peniaga kedai runcit yang sudah lama bertapak di dalam rancangan Felda Tersat. Sebelum beliau memasuki rancangan, beliau pernah berniaga barangan runcit di kampung halamannya di Semerak, Pasir Putih. Selepas beliau memasuki rancangan, Beliau memulakan perniagaan kedai kopi di tapak kedai yang disediakan oleh pihak felda. Disebabkan masa yang terhad dan Selepas beberapa tahun beliau mengusahan kedai kopi di tapak kedai felda beliau mula membuka warung mee celup di hadapan rumah beliau sambil menjual pelbagai jenis jeruk dan sedikit barang runcit. Beliau mula... read more

Kunjungan JKKK & Pengurusan Felda

09 August 2017 | Berita Terkini

Pada 9 Ogos 2017, Pusat Internet 1Malaysia Felda Tersat telah menerima kunjungan daripada pihak Pengurusan Felda, JKKK, JKKR dan GPW Felda Tersat. Kira-kira seramai 20 orang ahli jawatankuasa telah menyertai kunjungan ke Pi1M Felda Tersat yang dilaksanakan antara jam 9-11 pagi pada hari tersebut.                     Setelah kesemua jemputan tiba, program dimulakan dengan pengenalan “WiFi Komuniti” dan “Laman Web Pi1M Felda Tersat” oleh Pengurus Pi1M Felda Tersat, iaitu En. Mohd Hafiz Bin Ah Talib. Pengurus telah menjelaskan kepada hadirin tentang login untuk menggunakan WiFi Komuniti serta fungsi-fungsi Pi1M sebagai pusat komuniti setempat. Seterusnya,... read more

Profil Usahawan Tempatan Julai 2017 : Rozita Binti Mohd

28 July 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Rozita Binti Mohd berumur 44 tahun merupakan seorang usahawan tempatan yang telah lama memulakan perniagaannya dalam bidang perkhidmatan menjahit baju. Beliau menerima pendidikan awal di SK Kua dan seterusnya menyambung pelajaran peringkat menengah di SMK Menerong. Pada tahun 1995, beliau mula berjinak-jinak untuk menerima tempahan bagi menjahit baju sebagai pendapatan sampingan selain menjadi guru KAFA di SK Felda Tersat. Beliau mempelajari ilmu jahitan melalui Program Jahitan yang dianjurkan oleh pihak KEMAS.             Pada mulanya, Puan Rozita hanya membuat jahitan di rumah sendiri secara kecil-kecilan. Namun, selepas mendapat galakan daripada suami serta ahli... read more

Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama Felda

14 July 2017 | Berita Terkini

Sambutan Majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran FELDA Tersat berlangsung meriah pada 12 Julai 2017 baru-baru ini dengan kehadiran kira-kira 1,000 tetamu majoritinya terdiri daripada warga peneroka, penerokawati serta belia di Perkarangan Dewan Felda Tersat. Walau Syawal berbaki beberapa hari sahaja lagi, namun suasana hari raya masih tetap terasa apabila para tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah yang sinonim dengan sambutan Syawal seperti rendang, ketupat, sate, nasi minyak, laksa dan kuih-muih. Melalui majlis-majlis seperti ini, pihak Pi1M secara tidak langsung dapat mempromosikan Pi1M kepada penduduk sekitarnya. Kami daripada pihak Pi1M berharap sambutan aidilfitri pada... read more

Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama JKKK

12 July 2017 | Berita Terkini

KEDATANGAN Syawal sememangnya dinantikan dengan penuh sabar dan teruja oleh seluruh rakyat Malaysia. Hal ini kerana kebiasaannya masyarakat kita akan menyambut dan meraikan Aidilfitri dengan penuh meriah sebagai antara perayaan utama negara ini tanpa mengira agama dan bangsa. Maka pada tanggal 6 Julai 2017 baru-baru ini, Pi1M Felda Tersat telah mengambil kesempatan untuk bersama-sama menyertai Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan oleh pihak J3K Felda Tersat. Pelbagai juadah yang telah disediakan menjadi santapan para penduduk sekitar Felda Tersat. Berikut adalah antara sekitar suasana majlis: Ketika acara berlangsung, pengerusi J3K telah menjemput pengurus... read more

lagi berita & aktiviti