Berita & Aktiviti Terkini

Legend Games

14 December 2017 | Berita Terkini

LEGEND GAMES!! 06/12/2017, Rabu- Pusat Internet 1Malaysia mengadakan Legend Games! dimana mengetengahkan permainan tradisional yang menjadi tarikan kanak-kanak pada zaman dahulu. PI1M Triang 3 mahu kanak-kanak kini merasai keseronokan dan mengimbau kembali kenangan yang mungkin ibu bapa mereka pernah main pada waktu ketika dahulu.  Slot Legend Games! merupakan satu acara utama semasa Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Triang 3 iaitu bermula 10.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Seramai 20 orang peserta menyertai permainan ini dengan dibahagikan kepada 3 kumpulan.  Antara permainan yang di jalankan adalah batu seremban, tuju selipar, tuju tin, straw dan getah,dan teng-teng.  Kanak-kanak terhibur... read more

Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Triang 3

09 December 2017 | Berita Terkini

06  Disember 2017, Rabu - Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Triang 3 telah berlangsung dengan jayanya! Tahniah diucapkan kepada komuniti Triang 3 yang hadir. Program yang bermula 9:00 pagi hingga 1:00 petang dihadiri hampir 70 orang dan pelbagai aktiviti menarik dijalankan untuk setiap peringkat umur. Berikut merupakan aktiviti yang dijalankan : 1. Check Point (KDB puzzle, search word, typing, kuiz online pi1m) 2. Colouring digital (ibu/bapa dan anak) 3. Legend games for kids! ( tuju selipar, batu seremban dan straw gelang getah) 4. Bengkel kecantikan (asas makeup oleh Mary Kay) 4. Penyampaian hadiah dan cabutan bertuah Terdapat... read more

PROGRAM ICT DAN KLIK DENGAN BIJAK

09 December 2017 | Berita Terkini

PROGRAM ICT DAN KLIK DENGAN BIJAK PI1M Triang 3 telah menjalankan satu Program ICT dan Klik dengan Bijak (KDB)  pada 06/12/2017. Slot KDB diselitkan pada Hari Terbuka PI1M Triang 3 dengan menjalankan aktiviti empat check point yang perlu di lakukan oleh komuniti yang hadir iaitu KDB Puzzle, Quiz Online KDB, search word dan Typing short story. Sepanjang program juga PI1M membuat tayangan berkaitan buli siber, berkongsi secara berlebihan, dan penipuan internet serta memperkenalkan website SEBENARNYA.COM. Program ini bermula 9:00 am sehingga 1:00 pm. Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan memberi banyak maklumat... read more

Tayangan Vaganza

20 November 2017 | Info Teknikal

  Tayangan Vaganza.. 9 November 2017 Pusat Internet 1Malaysia Triang 3 telah bekerjasama dengan dengan Pusat Internet 1Malaysia Bandar 32, Bera dalam menjayakan tayangan vaganza iaitu program Klik Dengan Bijak bersama-sama pelajar tingkatan 3 (lepasan PT3). Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar akibat daripada penyalahgunaan internet. Beberapa tayangan juga telah disiarkan kepada mereka dan ini dapat memberikan impak positif kepada para pelajar untuk menggunakan medium IT secara berhemah. Kebanyakkan pelajar atau pengguna IT (media social) tidak mengetahui atau tidak didedahkan dengan bahayanya menggunakan IT tanpa berwaspada seperti menyiarkan alamat tempat tinggal atau... read more

SIFU MOTOR

20 November 2017 | Profil Usahawan Tempatan

  Sifu motor, sebuah nama yang tidak asing lagi di Felda Triang 3 juga dikenali sebagai bengkel Ejad. Menyediakan perkhidmatan permotoran (bengkel) samada membaiki motorsikal, kereta atau lori. Menjadi buah mulut setempat apabila kepakaran yang diperolehi dapat menambat hati penduduk. Mengenakan upah bayaran yang sederhana rendah juga salah satu perkara yang membuatkan hati penduduk tertambat dengan Sifu Motor. Beliau merupakan seorang mekanik yang mempunyai pengalaman selama 12 tahun dalam bidang ini. Pernah bekerja bersama beberapa bengkel di Kuala Lumpur selama 8 tahun dan baru membuka bengkel sendiri selama 4 tahun. Apa sahaja kerosakan... read more

Menaip Dengan Pantas

14 November 2017 | Info Teknikal

Menaip Dengan Pantas. Program menaip dengan pantas ini adalah bertujuan untuk menguji sejauh mana kepakaran ahli dalam menggunakan computer dan basic mirosoft word. Sebelum pertandingan dijalankan, kami dedahkan sedikit sebanyak apa itu computer dan fungsi-fungsinya. Dengan pendedahan ini kami boleh menilai sejauh mana kefahaman dan kefasihan setiap ahli dalam celik IT. Dengan berlangsungnya program ini dapat menaikkan semangat baru kepada setiap ahli untuk datang ke Pi1M dalam mempelajari lebih banyak perkara dan sistem yang ada dalam komputer. Banyak lagi modul yang masih belum mereka pelajari, dan program ini merupakan langkah pertama buat... read more

"Bujal Kumai"

30 October 2017 | Profil Usahawan Tempatan

“Bujal Kumai” tidak asing lagi dan semakin menempa nama di Felda Triang 3. Selain menyediakan perkhidmatan makanan, kedai makan Bujal Kumai juga menyediakan pelbagai produk lain. Antaranya produk kecantikan dan sabun pencuci serta pakaian. Beliau merupakan seorang bapa kepada 4 orang cahaya mata yang hanya berniaga untuk membesarkan anak-anak. Dengan berpendapatan sebagai peniaga makanan beliau menambah sedikit produk lain untuk memberikan kelainan dalam kedai. Juga menjadi ejen sabun pencuci serta menjual barang kecantikan lain seperti foundation D’Bunga, juga inner tudung (snow cap) “hantu”, body shaper dan sebagainya. Antara produk makanan yang dijual... read more

Cerikan Hari-Hari anda

25 October 2017 | Berita Terkini

21 Oktober 2017 (Sabtu)  Kami telah mengadakan program bersama anak-anak cilik. Tujuan program ini diadakan adalah untuk memupuk semangat berpasukan, kebersihan dan sedikit riadah ringan. Semasa program ini diadakan juga kami sempat memberi beberapa kata nasihat dan kata semangat kepada anak-anak ini, agar menjadi manusia yang berguna di masa hadapan. Terima Kasih anak-anak sayang kerana sudi dan bersemangat sekali semasa program tersebut sedang berjalan. "Hendak belayar ke Teluk Betong  Sambil mencuba labuhkan pukat Bulat air kerana pembetung  Bulat manusia kerana muafakat" "Asam kandis mari dihiris  Manis sekali rasa isinya  Dilihat manis dipandang manis Lebih manis hati budinya"     ... read more

Sambutan 10 Muharram 1439

10 October 2017 | Berita Terkini

07/10/2017 (Sabtu). Pusat Internet 1 Malaysia telah bekerjasama dengan komuniti Taman Lamanda Felda Triang 3 untuk menjalankan majlis sambutan 10 Muharram 1439 yang bertempat di sebuah rumah Taman Lamanda 7. Disamping itu, majlis ini adalah bertujuan untuk memperingati sejarah yang telah berlaku pada zaman dahulu. Terdapat 7 peristiwa besar berlaku pada 10 Muharram yang meninggalkan kesan serta pengajaran kepada kita sebagai umat Islam, dan peristiwa tersebut secara ringkasnya adalah seperti berikut :- 1) Hari dimana Nabi Adam A.S bertaubat kepada Allah Taala. Pada hari ini Allah S.W.T telah mengampunkan dosa-dosa yang telah dilakukan oleh... read more

Kisah Usahawan September 2017 : Langkah Demi Langkah.

27 September 2017 | Profil Usahawan Tempatan

"Semua kejayaan bermula dengan percubaan, Anda tidak mencuba pastinya anda tidak berjaya". Inilah kata-kata daripada seorang surirumah yang mempunyai 2 orang anak, Nurul Faiqah Binti Abd Aziz, 27 tahun. Pada bulan Pusat Internet 1 Malaysia telah memilih Nurul Faiqah sebagai salah seorang usahawan berpotensi untuk memperluaskan lagi perniagaan dalam perusahaan makanan.  Dengan sokongan dari suami beliau telah berjaya membawa Home Made Bakery ke tahap yang lebih baik sehingga kini dengan menggunakan facebook dan Instagram sebagai penghubung dengan pelanggan. Antara produk yang menjadi tumpuan ramai pada masa ini ialah burger besar mozza, ayam potong, wrap, dan cheese wedges.... read more

lagi berita & aktiviti