Berita & Aktiviti Terkini

Pencarian MISS ICT Unduk Ngadau 2017 Daerah Kunak bersama Pi1M Daerah Kunak

19 May 2017 | Berita Terkini

Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Kunak telah mengambil inisiatif dari sudut yang berbeza untuk mempromosikan fungsi PI1M kepada penduduk Kunak dengan mengadakan program “Pencarian Miss ICT Unduk Ngadau” pada setiap tahun kepada peserta yang mengikuti pertandingan Unduk Ngadau sempena Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kunak. Tahun 2017 merupakan tahun ke-5 PI1M Daerah Kunak bekerjasama dengan Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan peringkat Daerah Kunak untuk mengadakan slot pencarian ‘Miss ICT’ ini dengan tujuan mempromosikan fungsi Pusat Internet 1 Malaysia sebagai ‘1 stop-center’ yang mampu memberikan kemudahan dan servis yang pelbagai kepada penduduk... read more

Pameran Pi1M ICT sempena Sambutan Pesta Kaamatan 2017 Daerah Kunak

19 May 2017 | Berita Terkini

PI1M Daerah Kunak telah menyertai Sambutan Pesta Kaamatan yang telah diadakan pada 13 Mei 2017 bertempat di Dewan Sri Kunak. Sambutan ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh pihak Urusetia Daerah Kunak bersama Persatuan Kadazan Dusun Cultural Association Cawangan Daerah Kunak. Sejajar dengan tema Kaamatan pada tahun ini iaitu ‘Kaamatan Asas Perpaduan’ memberi gambaran bahawa KDCA dan perayaan Kaamatan yang dirayakan setiap tahun tidak boleh dipisahkan kerana kedua-duanya dilihat serasi demi untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk di Kunak dan Sabah amnya. Sehubungan itu, penglibatan PI1M adalah bertujuan untuk mewujudkan... read more

Latihan/Kelas Keusahawan bersama Peserta MISS ICT Unduk Ngadau 2017 Daerah Kunak

19 May 2017 | Berita Terkini

Seramai 12 orang peserta menyertai Sesi Kelas Usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Kg. Hampilan. Kursus ini diadakan selama sehari pada 10 Mei (Rabu) bertempat di PI1M Pekan Kunak sempena Pertandingan Miss ICT Unduk Ngadau Kunak bagi sambutan Pesta Kaamatan tahun 2017. Latihan Usahawan yang diadakan secara ringkas ini memberikan input kepada peserta mengenai 5 modul utama; Idea Perniagaan, Medium Pemasaran Atas Talian, Blog, Instagram dan Poster. Melalui modul-modul ini, peserta yang hadir diberi pengenalan mengenai idea-idea perniagaan yang boleh dijalankan berasaskan modal kecil. Selain itu, pengenalan kepada... read more

Bengkel SPA8i Online, Penulisan Resume & Tips Menghadiri Temuduga bersama Pelajar Pra-U SMK Kunak Ja

19 May 2017 | Berita Terkini

PI1M Daerah Kunak telah bekerjasama dengan pihak pentadbir SMK Kunak Jaya dengan mengadakan Bengkel SPA8i Online, Penulisan Resume dan Taklimat Ringkas menghadiri temuduga kepada 51 orang pelajar Pra-U Sekolah Menengah Kebangsaan Kunak Jaya, Kunak pada 09hb Mei 2017. Program ini merupakan bengkel ringkas yang diadakan khas kepada pelajar lepasan SPM yang juga merupakan pelajar yang telah berjaya menduduki tempat di Pra-U SMK Kunak Jaya bagi tahun 2017. Objektif utama program ini adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar cara untuk mengisi permohonan jawatan SPA secara atas talian. Disamping itu, pelajar juga... read more

Advokasi Klik Dengan Bijak Siri 9 Bersama Peserta MISS ICT Unduk Ngadau 2017 Daerah Kunak

19 May 2017 | Berita Terkini

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak ("Klik Bijak") sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet. Dengan itu, Pusat Internet 1 Malaysia Daerah Kunak dengan kerjasama pihak Jawatankuasa Pelaksana Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kunak telah bersama-sama menjayakan program “Klik Dengan Bijak” kepada 20 orang peserta Unduk Ngadau 2017 termasuk Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Unduk Ngadau Kaamatan Kunak. Program ini telah diadakan pada hari... read more

Program Lawatan Bersama Peserta Unduk Ngadau 2017 Daerah Kunak

28 April 2017 | Berita Terkini

Sempena Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kunak yang bakal diadakan pada 13 Mei 2017, AJK Pelaksana telah mengadakan lawatan ke beberapa tempat menarik di Daerah Kunak bersama peserta Unduk Ngadau Kunak 2017. PI1M yang juga merupakan AJK Pelaksana Sambutan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kunak telah diberikan kepercayaan untuk menggerakkan page Unduk Ngadau 2017 yang menjadi platform untuk memberi pendedahan kepada umum mengenai aktiviti dan pengisian peserta UN 2017 disamping mencari calon Miss Favourite yang bakal dinobatkan pada sambutan kemuncak Pesta Kaamatan.   Dengan itu, pada 24 April 2017, PI1M Daerah Kunak telah... read more

Advokasi Klik Dengan Bijak Siri 8 Bersama Peserta Perkhemahan Pengakap Daerah Kunak

26 April 2017 | Berita Terkini

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak ("Klik Bijak") sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet. Dengan itu, seramai 276 orang pelajar sekolah rendah dan menengah sekitar daerah Kunak yang telah menyertai Perkhemahan Hari Pengasas Pengakap telah menyertai slot Advokasi Klik Dengan Bijak anjuran bersama PI1M Daerah Kunak dan pihak pengurusan Persatuan Pengakap Daerah Kunak pada 21 April 2017, bermula pada pukul... read more

Latihan/Kelas Keusahawan bersama Usahawan AIM Cawangan Pangi April 2017

22 April 2017 | Berita Terkini

Seramai 23 peserta menyertai Sesi Pengenalan Kelas Usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Pi1M Kg Hampilan. Kursus ini diadakan selama 1 hari iaitu pada 17 April 2017 bertempat di Bilik Latihan, Pi1M Kg Hampilan yang bermula 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.  Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Hampilan memulakan dengan video Puan Kabilah Hassan (Pengusaha Rumpai Laut Dari Kunak, Sabah) yang disampaikan oleh Encik Azman selaku wakil Pusat Internet 1 Malaysia Kg Hampilan yang bertajuk “Segalanya Mungkin Dengan Jalur Lebar “. Selain itu, Pengenalan Pi1M dengan ringkas juga dibuat... read more

Advokasi Klik Dengan Bijak Siri 7 Bersama Pengunjung Kanak-Kanak Pi1M Kg Hampilan

08 April 2017 | Berita Terkini

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan Advokasi Klik dengan Bijak (KDB) sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet.Sehubungan itu, Pusat Internet 1 Malaysia Pi1M Kg Hampilan telah menjayakan program “Advokasi Klik Dengan Bijak” bersama pengunjung Pi1M Kg Hampilan (Kanak-Kanak). Program ini telah diadakan pada hari Jumaat, 07 April 2017, bermula dari pukul 02.30 petang sehingga 04.30 petang yang bertempat di Bilik Latihan, Pi1M Kg... read more

Latihan/Kelas Keusahawan bersama Usahawan AIM Cawangan Pangi Mac 2017

28 March 2017 | Berita Terkini

Seramai 5 peserta menyertai Sesi Pengenalan Kelas Usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Pi1M Kg Hampilan. Kursus ini diadakan selama 1 hari iaitu pada 27 Mac 2017 bertempat di Dewan Terbuka Pangi yang bermula 9.00 pagi sehingga 4.00 petang.  Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Hampilan memulakan dengan video Puan Kabilah Hassan (Pengusaha Rumpai Laut Dari Kunak, Sabah) yang dibentang oleh Encik Azman selaku wakil Pusat Internet 1 Malaysia Kg Hampilan yang bertajuk “Segalanya Mungkin Dengan Jalur Lebar “. Latihan usahawan ini memberikan input secara ringkas kepada para peserta mengenai... read more

lagi berita & aktiviti