Latihan/Kelas Keusahawan bersama Usahawan Pangi November 2016

25 November 2016 | Berita Terkini

Seramai  10 peserta menyertai Sesi Pengenalan Kelas Usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Pi1M Kg Hampilan . Kursus ini diadakan selama 1 hari iaitu pada 13 November 2016 bertempat di Balai Raya Pangi yang bermula 09.00 petang sehingga 05.00 petang.

Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Hampilan  memulakan  dengan video Puan Kabilah Hassan ( Pengusaha Rumpai Laut Dari Kunak , Sabah ) yang dibentang oleh Puan Kasmidah selaku wakil Pusat Internet 1 Malaysia Kg Hampilan yang bertajuk “ Segalanya Mungkin Dengan Jalur Lebar “ dan diakhiri dengan pengenalan Pusat Internet 1 Malaysia. Usahawan diberikan taklimat ringkas mengenai idea perniagaan, penggunaan Blog, Instagram serta Poster sebagai medium mempromisikan produk mereka. Beberapa usahawan turut diketengahkan antaranya adalah Puan Sariyamana Sabur yang merupakan Usahawan Kerepek yang berpendapatan dari RM200.00 dan kini RM5000.00 setelah menggunakan perkhidmatan PI1M sebagai tempat memperlajari “Perniagaan Online “ . Selain itu , PI1M turut memperkenalkan “ Latihan Usahawan “ , “Celcom Buzzaar” , “ Mudah.My “ dan beberapa tips dalam perniagaan online atau internet.