Latihan/Kelas Keusahawan bersama Usahawan Pangi

26 December 2016 | Berita Terkini

Seramai 8 peserta menyertai Sesi Pengenalan Kelas Usahawan yang dianjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Pi1M Kg Hampilan. Kursus ini diadakan selama 1 hari iaitu pada 23 Disember 2016 bertempat di Training Room Pi1M Kg Hampilan yang bermula 9.00 pagi sehingga 5.00 petang.

            Pusat Internet 1 Malaysia Kampung Hampilan memulakan dengan video Puan Kabilah Hassan (Pengusaha Rumpai Laut Dari Kunak, Sabah) yang dibentang oleh Puan Kasmidah selaku wakil Pusat Internet 1 Malaysia Kg Hampilan yang bertajuk “Segalanya Mungkin Dengan Jalur Lebar “ dan diakhiri dengan pengenalan Pusat Internet 1 Malaysia. Usahawan diberikan taklimat ringkas mengenai idea perniagaan, penggunaan Blog, Instagram serta Poster sebagai medium mempromisikan produk mereka. Beberapa usahawan turut diketengahkan antaranya adalah Puan Jumiati Mohd Ajay yang merupakan Usahawan Kek Online yang berpendapatan dari RM1,000.00 dan kini RM5,000.00 setelah menggunakan perkhidmatan PI1M sebagai tempat memperlajari “Perniagaan Online“. Selain itu, PI1M turut memperkenalkan “Latihan Usahawan“, “Celcom Buzzaar”, “Mudah.My“ dan beberapa tips dalam perniagaan online atau internet.