Klik Dengan Bijak bersama Ahli Pi1M Kg Hampilan (Kanak-Kanak)

27 December 2016 | Berita Terkini

Tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia melalui Pusat Internet 1 Malaysia dengan mengadakan program kesedaran awam – Kempen Keselamatan Internet dengan 'Klik dengan Bijak (Klik Bijak) sebagai tema utama yang bertujuan untuk keselamatan, keselamatan dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet.

Sehubungan itu, Pusat Internet 1 Malaysia Pi1M Kg Hampilan telah menjayakan program “Klik Dengan Bijak” bersama pengunjung Pi1M Kg Hampilan. Program ‘Klik Dengan Bijak’ ini telah diadakan pada hari Isnin, 26 Disember 2016, bermula dari pukul 09.00 pagi sehingga 11.00 pagi yang bertempat di Bilik Latihan, Pi1M Kg Hampilan.

Pengisian program ini tertumpu kepada taklimat ringkas Klik Dengan Bijak yang disampaikan oleh Pen. Pengurus PI1M Kg Hampilan; Azman Alih dengan menekankan beberapa aspek penting mengenai keselamatan diri dan tanggungjawab ketika menggunakan komputer ataupun internet. Di samping itu, taklimat ringkas mengenai Pengenalan PI1M. Setelah tamat slot taklimat KDB, tayangan video kesedaran Penggunaan Internet dan Cyber Buli kepada para peserta.

Selain itu, memandangkan ada sebilangan dari pelajar tidak terdedah kepada pengetahuan awal mengenai kesedaran dan keselamatan diri ketika menggunakan internet, dengan itu melalui program seumpama ini boleh menambah pengetahuan para pelajar mengenai langkah yang perlu diambil untuk mengelak dari menjadi mangsa mahupun menjadi pemangsa jenayah-jenayah siber.