Mengenai PI1M

Maklumat PI1M Kampung Hampilan

 

Pusat Internet 1 Malaysia adalah satu inisiatif terkini daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta Celcom Berhad dengan kerjasama NuSuara Technology Sdn Bhd. Projek ini dilaksanakan di bawah Program Pemberian Sejagat (PPS) dengan matlamat untuk merapatkan jurang digital di kalangan masyarakat luar bandar dengan masyarakat bandar.

 

Objektif penubuhan Pusat Internet 1Malaysia (Pi1M) ini adalah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan ICT terutamanya perkhidmatan internet di kawasan luar bandar di mana capaian internet agak terhad. Selain itu, Pusat Internet 1Malaysia juga dilaksanakn sebagai suatu Pusat Komuniti Berpengetahuan (Knowledge Community Centre) dengan menyediakan kelas dan latihan ICT kepada komuniti sekitar.

 

Perkhidmatan lain yang disediakan:

ü  Menaip

ü  Kelas Computer / Ict (Percuma Untuk Ahli)

ü  Pra-Bayar Celcom

ü  Jualan Komputer & Aksesori 

ü  Baik Pulih Dan Selenggara Komputer   

ü  Alat Tulis & Kertas

ü  Sewa Bilik Mesyuarat  

 

Maklumat Komuniti Kampung Hampilan

 

Kampung Hampilan terletak dalam Mukim Pangi Kunak, di mana Kg Pangi secara keseluruhannya mempunyai 7 buah kampung iaitu: Kampung Kasnuri Kampung Hampilan Laut Kampung Pangi Tengah Kampung Hampilan Kampung Pangi Hujung Kampung Bugis Kampung Mesej Penduduknya lebih kurang 2,700 pada tahun 2010 terutamanya etnik Bajau, Bugis, Suluk, Kadazan dan Bumiputera yang lain. Terdapat juga kaum Cina yang berniaga di pekan dan menanam kelapa sawit.

 

Kampung Hampilan mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Pangi yang terletak berdekatan dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Hampilan dan Pantai Sarina. Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk Kampung Hampilan. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk Bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Selain dari nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan.

 

Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersil. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Bagi aktiviti pertanian pula, penduduk menanan tanaman seperti sayur-sayuran untuk pasaran penduduk setempat, ada juga kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit untuk tujuan menghasilan minyak kepala sawit secara komoditi kecil-kecilan.

 

Maklumat PI1M & Komuniti Kampung Hampilan

 

Lokasi

Kampung Hampilan

UST Area

 

Daerah

Kunak

Negeri

Sabah

Populasi

 800

Aktiviti Ekonomi Utama

Pertanian (Kelapa Sawit), Perniagaan Kecil-kecilan, Penternakan (Lembu & Kambing)

Jumlah Keahlian

(setakat 8 September 2017)

347 ahli

Lat/Long PI1M

4.659332, 118.283258

Teknologi

Hub & Spoke – Microwave

Permberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Tarikh Bermula Beroperasi

 23 October 2012

Maklumat Pengurusan PI1M

 

Pengurus

Name: Sazlein Azlein Binti Sani@Salleh

Email : sazlein@celcom1cbc.com

No Telefon: 010-9342064

Penolong Pengurus

Nama: Isnahwaty Binti Hussein

Email: isnahwaty@celcom1cbc.com

No Telefon: 013-5573621

Website

http://www.celcom1cbc.com/hampilan

Kampung Tanpa Wayar

1.     Pi1M Hampilan – Pi1M Kg Hampilan

2.     Kg Kasnuri 1 (Pole 12 Meter) – Rumah En. Azwan Arik

3.     Kg Kasnuri 2 (Pole 12 Meter) – Rumah Puan Bonga Amas

4.     Kg Pangi Tengah (Pole 12 Meter) – Puan Laila Ali

5.     Kg Pangi Hujung (Pole 12 Meter) – Puan Normenah Abd Jalil

 

Tempat-tempat Menarik

             Dari segi ekonomi Kampung Hampilan hari ini lebih tertumpu kepada perusahaan/perniagaan sendiri seperti penghasilan produk tempatan seperti perniagaan Rumpai Laut, aneka jenis kerepek, hasil pertanian secara kecil-kecilan dan perusahaan ladang sawit. Disamping itu, juga terdapat perusahaan persendirian seperti bengkel membaiki kenderaan, perusahaan kedai makan, gerai menjual produk tempatan seperti kerepek dan beberapa jenis makanan ringan yang lain.

             Antara perusahaan yang terkenal dikawasan ini adalah perusahaan Rumpai Laut yang diusahakan oleh Puan Kabilah Hassan. Perusahaan ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari dalam dan luar negeri. Hasil daripada rumpai laut ini dijadikan makanan yang berkhasiat serta produk-produk kecantikan.

             Selain itu, Pantai Sarina yang terkenal di kalangan warga Kunak sering dikunjungi pada hujung minggu ataupun pada hari cuti umum. Lokasi yang menarik untuk bermandi manda serta bersantai merupakan sebab mengapa penduduk sering mengunjungi pantai tersebut.