Ekonomi dan Keusahawanan

Dari segi ekonomi Kampung Hampilan hari ini lebih tertumpu kepada perusahaan/perniagaan sendiri seperti penghasilan produk tempatan seperti perniagaan Rumpai Laut, aneka jenis kerepek, hasil pertanian secara kecil-kecilan dan perusahaan ladang sawit. Disamping itu, juga terdapat perusahaan persendirian seperti bengkel membaiki kenderaan, perusahaan kedai makan, gerai menjual produk tempatan seperti kerepek dan beberapa jenis makanan ringan yang lain serta kedai runcit kecil-kecilan.


Usahawan Pi1M Kg Hampilan :

1. Al-Imtiyaz Bakery (Usahawan Kerepek)

Puan Hajah Rosneni mengusahakan produk berasaskan Perusahan Kecil dan Sederhana (IKS) seperti Kerepek Ubi, Kerepek Pisang, Pembekal Kuih Bahulu Gula Merah, pelbagai produk keropok tempatan & kacang pelbagai perisa. Harga produk beliau yang sangat berpatutan menyebakan produk-produk beliau selalu laris. Jika berminat boleh menghubungi terus melalui aplikasi whatsapp : 0198895631 @ FB : https://www.facebook.com/hajahneni75/

2. Watie Hj Zainal Gunong

Puan Herewatie Hj Zainal Gunong adalah seorang usahawan Pi1M Kg Hampilan. Bermula dari usaha menjual tudung dan jubah muslimah, kini beliau menambah perniagaan dengan menceburkan diri dalam perusahaan makanan. Beliau menyediakan roti sandwich perisa sardine dan telur, selain itu produk seperti "Takoyaki" dan "Bun/Roti Sarang Burung" juga di usahakan. Jika berminat untuk mencuba produk-produk beliau bolehlah berhubung terus melalui panggilan atau aplikasi whatsapp : 0128187898 @ FB : https://www.facebook.com/watie.hjzainalgng?fref=ts

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.