Maklumat Tempatan

Kampung Hampilan terletak dalam Mukim Pangi Kunak, di mana Kg Pangi secara keseluruhannya mempunyai 7 buah kampung iaitu: Kampung Kasnuri Kampung Hampilan Laut Kampung Pangi Tengah Kampung Hampilan Kampung Pangi Hujung Kampung Bugis Kampung Mesej Penduduknya lebih kurang 2,700 pada tahun 2010 terutamanya etnik Bajau, Bugis, Suluk, Kadazan dan Bumiputera yang lain. Terdapat juga kaum Cina yang berniaga di pekan dan menanam kelapa sawit.


Kampung Hampilan mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Pangi yang terletak berdekatan dengan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Kg Hampilan dan Pantai Sarina. Perikanan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk Kampung Hampilan. Aktiviti menangkap ikan boleh dikatakan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk Bumiputera tempatan yang kebanyakan menetap di pesisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual di pasar untuk kehidupan harian. Selain dari nelayan tempatan, daerah ini juga mempunyai 2 buah syarikat iaitu Thai Chia Marine dan Lucky Ocean yang beroperasi secara komersial dalam industri perikanan.


Kedua-dua syarikat ini mengusahakan kilang baja ikan secara komersil. Kedua-dua syarikat ini mempunyai kapasiti pengeluaran 9840 tan metrik setahun. Bagi aktiviti pertanian pula, penduduk menanan tanaman seperti sayur-sayuran untuk pasaran penduduk setempat, ada juga kawasan yang ditanam dengan kelapa sawit untuk tujuan menghasilan minyak kepala sawit secara komoditi kecil-kecilan.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.