Pelancongan & Rekreasi

Pantai Sarina merupakan pantai tumpuan masyarakat di sekitar daerah Kunak yang tidak asing lagi sejak 1970-an lagi. Berdasarkan maklumat dari penduduk sekitar, Pantai Sarina dikatakan mendapat namanya sempena dari Lagenda Puteri Sarina yang amat sinonim dengan masyarakat setempat, bahkan dikatakan pusara Puteri Sarina juga masih terdapat dikawasan itu. Untuk kesana mudah sahaja kerana jaraknya tidak sampai 7 KM dari pusat pekan kunak, kadar tambang pengangkutan awam lebih kurang RM1.50 bagi satu orang sehala sahaja, seterusnya anda akan berjalan kaki selama 10 minit melalui sekolah Rendah Pangi disebabkan tiada kemudahan jalan lain yang disediakan. Salah satu tarikan yang ada di Pantai Sarina ini ialah kewujudan tinggalan batuan gunung berapi yang mana dipercayai terhasil dari muntahan Gunung Mostyn jutaan tahun yang lalu. Selain itu pada waktu malam juga para pengunjung yang datang akan terpesona dengan ratusan lebuhraya api pada waktu malam (Perahu Bagang) yang mengiasi pemandangan laut Kunak pada malam hari. 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.