Felda Bukit Tangga

Sabah

Ke PI1M Lain
Mula beroperasi pada Oktober 2012 sehingga sekarang, Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Kampung Hampilan, Kunak mula mendapat reaksi yang positif dari komuniti setempat di Kampung Pangi ini. Pada awal pembukaan masih terdapat kanak-kanak, belia serta warga emas masih tidak mengetahui apa itu ICT. Namun dengan kewujudan Pi1M Kampung Hampilan sedikit sebanyak dapat menaikkan lagi pengetahuanICT di kalangan komuniti setempat. Rata-rata komuniti setempat di Kampung Pangi ini ada bekerja sendiri. Ada diantara mereka bekerja sebagai pekebun sawit serta sayur sayuran. Selebihnya adalah nelayan. Namun ada segelinti bekerja di sektor kerajaan.

Perikan merupakan salah satu aktiviti ekonomi harian yang penting bagi penduduk di Kampung Pangi. Aktivit menangkap ikan boleh dikatan telah menjadi satu tradisi bagi penduduk Bumiputera tempata yang kebanyakan menetap di persisiran pantai. Mereka ini menjalankan kegiatan menangkap ikan untuk dijual dipasar untuk kehidupan seharian. Fungsi Pi1M Kg. Hampilan disini adalah untuk memperkenalkan kemudahan-kemudahan yang ada di Pi1M untuk mereka adaptasikan dalam bidang kerja mahupun bidang yang lain. Dengan adanya kemudahan ini sedikit sebanyak dapat menaikkan lagi pengetahuan ICT mereka serta teknologi-teknologi yang dapat digunaka pakai dalam kehidupan seharian mereka.

Selain itu, Pi1M Kampung Hampilan juga memberikan bimbingan nasihat perniagaan online yang mana memberikan peluang menjana ekonomi melalui internet. Sebagai contoh, Puan Kabilah Hassan merukan usahawan online tempatan yang telah menempah nama hasil daripada perniagaan online. Diharapkan komuniti tempatan menggunakan sebaik mungkin peluang ini agar mereka dapat mengubah nasib mereka serta menggunakan kemudahan yang disedikan oleh pihak kerajaan.

Hadapi Masalah? Rujuk Panduan