Usahawan Pi1M Felda Inas l Zehan Azrin Bt Ja'afar l Perusahaan Chanteq Craft

15 December 2016 | Profil Usahawan Tempatan
Kisah Usahawan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Inas Utara

Chanteq Craft JM 0643281-K

Nama : Zehan Azrin Binti Ja’afar 
Umur : 38 Tahun
Alamat : No 108 Jalan Titiwangsa, Felda Inas, 81000 Kulai Johor.
No Tel : 012-7631185

Kegemaran Zehan Azrin adalah menggubah bunga telur dan menjahit manik. Beliau merupakan anak peneroka Felda Inas. Beliau telah memulakan perusahaan ini hampir 10 tahun. Tangan seni yang dianugerahkan kepadanya serta minat mendalam dalam gubahan dan menjahit membuatkan beliau tekad menceburkan diri dalam bidang itu sejak di bangku sekolah lagi. Pada mulanya beliau hanya menjahit manik skaf rambut untuk kawan-kawan serta jiran sahaja. Kini beliau telah menerima banyak tempahan di kalangan kawan online offline, jiran dan saudara mara.

Beliau yang bekerja di kilang swasta sebagai Pegawai Perhubungan Syarikat, menjadikan perusahaan ini sebagai sampingan beliau dek kerana minat beliau sendiri. Ramai yang memuji hasil kerja tangan beliau, meyakinkan beliau untuk meneruskan perusahaan ini dengan lebih serius. Bermulanya di situ, beliau telah menerima tempahan untuk membuat bunga kendarat, bunga telur, bunga tangan dan bunga pahar untuk majlis perkahwinan.

Gambar 1 : Laman Facebook Kak Zehan yang digunakan untuk membuat promosi Pin dan Brooch tudung.

Penggunaan laman sosial seperti aplikasi Facebook dan Instagram telah membantu beliau untuk mempromosikan hasil kerja tangan beliau. Selain itu beliau turut menjual aksesori tudung seperti brooch dan pin di laman facebook. Beliau berkata sekarang bukan lagi seperti dahulu kerana peluang untuk berniaga itu terbuka kepada semua dengan adanya laman sosial seperti Facebook dan Instagram. Dengan itu beliau tiada membuat pinjaman untuk modal perusahaannya kerana perniagaan dalam talian tidak memerlukan modal yang terlalu besar.

Gambar 2 : Beliau juga telah mewujudkan Facebook khas untuk perniagaannya dengan nama Chanteq Craft.

Apabila ditanya mengenai pandangan dan cadangan tentang Pi1M, beliau menyatakan bahawa kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Inas sangat bertepatan dengan kemajuan dan teknologi Malaysia masa kini. Dengan teknologi di hujung jari dunia tanpa sempadan. Selain itu ia banyak memberi peluang yang baik jika pandai merebut dan mengambil ruang untuk kebaikkan pada individu itu. Beliau berharap Pusat Internet 1 Malaysia Felda Inas akan sentiasa membuat promosi dan aktiviti bersama bagi merapatkan jurang diantara komuniti dan petugas Pi1M. 

Gambar 3 : Antara koleksi yang dijual oleh Kak Zehan di laman sosial.