Usahawan Pi1M Felda Inas l YRZ Yanty Enterprise l Perusahaan Nasi Lemak

15 August 2016 | Profil Usahawan Tempatan
Kisah Usahawan Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) Felda Inas Utara

YRZ Yanty Enterprise (JM 0605815-A) 

Nama : Yanty Binti Hj Malib
Umur : 42 Tahun
Alamat : No 131 Jalan Cendana 12, Felda Inas, 81000 Kulai Johor.
No Tel : 016-7747590

Pn Yanty merupakan seorang anak peneroka dan juga seorang pengusaha nasi lemak yang begitu popular di Felda Inas dengan gelaran nasi lemak Kak Yan. Pada mulanya beliau hanya menjual nasi lemak secara kecil-kecilan di tepi jalan masuk ke Felda Inas hanya mengunakan payung. Setelah beberapa bulan, dengan hasil jualan yang semakin lumayan beliau berhasrat untuk membuat kedai di tempat tersebut. Dengan itu beliau dengan bijak membuat pinjaman bersama Tekun sebanyak Rm 5 ribu bagi menaiktaraf kedai miliknya.

Gambar 1 : Kedai milik Kak Yan yang telah di ubahsuai dengan tema JDT.

Beliau telah berniaga hampir 5 tahun, kalau dulu beliau hanya menjual nasi lemak. Kini beliau telah menambah menu makanan seperti nasi ayam penyek, mee rebus dan nasi ayam. Ini kerana ianya mendapat sambutan daripada pelanggannya. Kedai yang dibuka hanya waktu siang pada jam 7.00 pagi hinggan 5 petang dan tutup pada hari Sabtu. Kebiasaanya, kedai akan tutup awal dek kerana peruntukkan untuk hari tersebut habis, menunjukkan begitu ramai pelanggan yang datang bukan hanya orang Felda Inas malah orang luar juga turut datang kerana kedainya yang mudah untuk dikunjungi.

Gambar 2 : Kak Yan yang kelihatan ceria ketika ditemurah bersama petugas Pi1M.

Pada tahun 2015, Felda Inas telah dikejutkan dengan berita kemalangan maut yang melibatkan sebuah lori yang bergerak sendiri ketika meletakkan kenderaanya. Pemandunya cuba memberhentikan lori tersebut namun digilis. Menurut info lain saksi kejadian pemandu lori singgah untuk membeli sarapan di kedai Kak Yan, tiba-tiba lori tersebut bergerak sendiri hingga terlanggar mangsa. Peristiwa itu pastinya menjadi sejarah buat Kak Yan. Dengan semangat dari ahli keluarga menjadikan beliau terus kuat hingga hari ini untuk menjalankan perniagaan tersebut. Sekali lagi beliau menaiktaraf bangunan dengan tema JDT dan menambah batu penghadang supaya pelanggan dapat meletakkan kenderaan di tempat yang betul.

Gambar 3 : Pembantu Kak Yan yang sedang melayan pelanggan dan menyiapkan minuman yang di tempah oleh pelanggan.

Kini beliau amat berbangga kerana perniagaan tersebut telah menarik ramai pelanggan untuk mencubanya dan telah mempunyai pembantu seramai 2 orang. Apabila di tanya mengenai Pi1M, beliau memberi pandangan yang bagus kerana dengan adanya Pi1M kurangnya gejala lepak-melepak di kalangan pelajar, kini pelajar dapat menimba ilmu dan memperoleh maklumat yang di perlukan. Beliau juga berharap supaya Pi1M dapat memperbanyakkan aktiviti untuk program bersama dan menaiktaraf kualiti perkhidmatan supaya pengguna dapat menikmati kemudahan internet yang lebih baik.