Cabaran 1 Minit

11 October 2016 | Berita Terkini

11 Oktober 2016 : Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Inas Utara telah menganjurkan satu program yang diberi nama Cabaran 1 Minit. Pertandingan ini dilaksanakan secara individu dan dua aktiviti yang dijalankan dibuat dua kali pusingan. Pertandingan ini berlangsung pada sebelah petang iaitu bermula pukul 2.00 petang. Aktiviti ini untuk menanamkan semangat dan fokus para peserta menyelesaikan pertandingan ini.

Para peserta perlu membuat pendaftaran seperti biasa. Aktiviti pertama dinamakan Focus Activity iaitu membuat Spirograph secara kreatif. Sebelum memulakan pertandingan ini, penerangan ringkas dan syarat-syarat pertandingan serta ditunjukkan juga cara membuat aktiviti ini melalui tontonan video supaya peserta lebih memahami dengan jelas cara yang betul untuk membuatnya.

Pertandingan ini memerlukan fokus dan kekreatifan para peserta yang menyertai. Para peserta perlu menyiapkan 4 hasil corak spirograph pada sebuah kertas yang diberikan. Bagi pemenang pertandingan iaitu kami memilih kekemasan corak dan seni kreatif yang dapat ditonjolkan para peserta.

Aktiviti kedua pula dinamakan Cup Stacking iaitu cara cepat menyusun gelas. Sebelum memulakan pertandingan ini, para peserta juga menonton video supaya peserta lebih memahami dengan jelas cara yang betul untuk membuatnya. Para peserta perlu membuat aktiviti ini sebanyak dua pusingan. Bagi pemenang pertandingan iaitu kami memilih kepantasan masa yang dapat dilakukan oleh para peserta. Sambutan penyertaan begitu menggalakkan untuk kedua-dua aktiviti yang diadakan ini.

Hadiah pemenang bagi kedua-dua pertandingan ini disediakan daripada tempat pertama hingga ketiga serta dua hadiah saguhati. Sebelum berakhirnya program ini, sesi penyampian hadiah dan bergambar bersama para pemenang. Semoga dengan program yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia ini dapat membuka minda ahli-ahli PI1M yang menyertainya dan juga dapat membuka minat kepada ahli-ahli lainnya untuk menyertai sekali pelbagai aktiviti yang akan datang kelak. Program tamat kira-kira jam 5.30 petang.