Create Picture Frame with Felt

18 October 2016 | Berita Terkini

18 Oktober 2016 : Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Inas Utara telah menjalankan pertandingan bertajuk Create Picture Frame with Felt. Program ini bermula kira-kira jam 2.00 petang. Aktiviti pada kali ini bertujuan untuk menguji kekemasan dan kekreatifan para peserta yang menyertai aktiviti ini.

Seperti biasa, para peserta perlu mendaftarkan diri untuk mengikuti pertandingan yang akan dijalankan. Seramai 14 orang yang menyertai pertandingan ini dan dijalankan sebanyak dua peringkat. Sebelum bermula pertandingan ini, satu taklimat ringkas diberikan dan para peserta juga dipertontonkan video cara membuat bingkai gambar menggunakan felt. Cara yang ditunjukkan sememangnya cara paling mudah dan hanya menggunakan bahan buangan iaitu kotak yang terpakai selain bahan utama kain felt.

Kemudian, selepas peserta memahaminya, pertandingan terus dimulakan. Peserta dengan syarat menyiapkan satu bingkai gambar yang lengkap dengan felt dan hiasan lain yang telah disediakan oleh pihak kami. Para pemenang dipilih oleh pihak kami berdasarkan tahap kekemasan dan hiasan yang paling kreatif dan cantik. Hadiah disediakan untuk setiap pemenang daripada tempat pertama, kedua dan ketiga dan terdapat dua hadiah saguhati.

Semoga aktiviti sebegini dapat mengisi masa lapang mereka dan dapat membuka minda ahli-ahli PI1M yang lain untuk menyertai program yang akan diadakan pada masa akan datang. Program ini tamat kira-kira jam 5.45 petang.