Coloring Contest with Technique

15 November 2016 | Berita Terkini

15 November 2016 : Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Inas Utara telah mengadakan satu program yang diberi nama Coloring Contest with Technique. Pertandingan ini dilaksanakan secara individu dan pertandingan ini berlangsung pada sebelah petang iaitu bermula pukul 2.00 petang. Aktiviti ini bertujuan menguji pelbagai teknik mewarna para peserta dan ketelitian mereka mewarna dengan betul.

                

                                                                                        Suasana peserta semasa pertandingan di jalankan

                 Selepas peserta mendaftarkan diri, pertandingan terus dimulakan.  Aktiviti pada kali ini sangat mudah di mana kesemua para peserta diberikan satu helai kertas bergambar yang perlu diwarnakan. Teknik yang perlu digunakan hanya menggunakan teknik garisan dan simbol. Para peserta diberikan kebebasan sama ada perlu mewarna menggunakan pensel warna atau pensil. Pemenang pada pertandingan ini kami melihat kekemasan dan kekreatifan peserta mewarna mengikut kesesuaian gambar yang diberikan. Sambutan penyertaan agak menggalakkan untuk aktiviti yang diadakan pada kali ini. Lebih kurang 15 orang yang menyertai.

 

                Hadiah pemenang bagi pertandingan ini disediakan daripada tempat pertama hingga ketiga serta tiga hadiah saguhati. Sebelum berakhirnya program ini, sesi penyampaian hadiah dan bergambar bersama para pemenang. Semoga dengan program yang dijalankan di Pusat Internet 1 Malaysia ini dapat membuka minda ahli-ahli PI1M yang lain untuk menyertainya dan juga dapat membuka minat mereka untuk menyertai sekali pelbagai aktiviti yang akan datang kelak. Program telah tamat kira-kira jam 5.00 petang.