Permainan Ular Tangga

28 November 2016 | Berita Terkini

28 November 2016 : Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Inas Utara telah menjalankan pertandingan bertajuk Permainan Ular Tangga menggunakan tikar. Program ini bermula kira-kira jam 2.00 petang. Aktiviti pada kali ini bertujuan untuk menguji minda dan kecerdasan para peserta yang menyertai aktiviti ini.

              Seperti biasa, para peserta perlu mendaftarkan diri untuk mengikuti pertandingan yang akan dijalankan. Sebanyak empat kumpulan yang bertanding iaitu seramai 24 orang peserta pada kali ini. Sambutan pada kali ini agak menggalakkan. Manakala, tiga pusingan semasa pertandingan ini diadakan. Pusingan pertama setiap kumpulan yang bertanding kami memilih ada 12 pemenang, Kemudian, pusingan kedua 12 pemenang itu pula berlawan yang mana hanya 6 orang yang terpilih. Seterusnya, pusingan terakhir pula 6 orang bertanding dan kami hanya memilih 3 pemenang sahaja. Persaingan memang agak sengit semasa pertandingan ini.

   

                                                       

                                                                               Gelagat & suasana semua peserta yang menyertai pertandingan ini

               Para pemenang dipilih yang mana paling cepat dan pantas mengakhiri permainan ular tangga ini. Hadiah pula disediakan untuk setiap pemenang daripada tempat pertama, kedua dan ketiga dan terdapat tiga hadiah saguhati.

               Semoga aktiviti sebegini dapat mengisi masa lapang mereka dan kebetulan jatuh pada cuti akhir tahun persekolahan tahun 2016. Malah, dapat membuka minda ahli-ahli PI1M yang lain untuk menyertai program yang akan diadakan pada masa akan datang. Program ini tamat kira-kira jam 5.30 petang.