Kisah Kejayaan Q4 Pi1M Felda Inas Utara (HF Engineering & Enterprise)

14 December 2016 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Felda Inas Utara

Nama                :           Muhammad Adib Fahmi Bin Ramlan

Umur                :           27 tahun

Pekerjaan          :           Kerja2 Kontrak, Servis & Perkhidmatan

Alamat              :           No. 126, Jalan Cendana 2, Felda Inas

Facebook ID     :           Muhammad Adib Fahmi

No SSM            :           JM0638917-T (HF Engineering & Enterprise)

No HP              :           017-7980407 / adibfahmi136@gmial.com

Lebih mesra dikenali sebagai Adib. Beliau merupakan anak jati Felda Inas. Latar belakang pendidikan beliau ialah mempunyai Diploma Mechanical Engineering. Namun, minat beliau yang mendalam dalam rekabentuk dalaman iaitu “interior design” telah membuka peluang beliau membuat perniagaan ini secara serius dan telahpun beroperasi selama tiga tahun. Walaupun sebelum ini beliau pernah bekerja di dalam bidang kejuruteraan selama dua tahun dan pada ketika itu beliau telah nekad untuk memulakan sebuah perniagaan dengan rakan-rakan baiknya. Gambar 2 : Kaki meja yang telah siap di pasang di kedai salon.

Gambar 1 : Adib yang sedang tekun menyiapkan projek membuat kaki meja.

Perniagaan yang beliau usahakan ini melibatkan kerja-kerja kontrak dan kerja-kerja welding seperti pemasangan awning rumah mahupun premis, membuat pagar, membuat grill, pembinaan rumah atau pejabat, membuat rekaan hiasan dalaman dan pelbagai servis lain-lain.

Sebelum ini, beliau tahu menggunakan Microsoft Office Word namun kurang mahir menggunakannya. Memandangkan perniagaan beliau ini memerlukan beliau membuat quotation dan borang tempahan. Beliau memang perlu pandai menggunakan Microsoft Office Word. Selain itu, penggunaan akaun email beliau untuk perantara bisnes beliau juga perlu dipelajari dan diberi tunjuk ajar. Setelah diberi pendedahan dan tunjuk ajar, beliau sudah mahir sedikit menggunakan Microsoft Office Word. Malah, beliau juga sudah pandai menggunakan akaun email untuk kegunaan perniagaan yang dijalankannya.

Gambar 2 : Kaki meja yang telah siap di pasang di kedai salon.

Pada pandangan beliau, kewujudan Pusat Internet di Felda Inas menjadi salah satu pusat tumpuan yang bermanfaat kepada penduduk Felda tanpa mengira peringkat umur dan golongan daripada kanak-kanak sehingga kepada peneroka dan penerokawati. Banyak maklumat dan info boleh didapati di sini terutama kepada pelajar dan di kalangan usahawan. Prasarana yang serba lengkap telah disediakan oleh PI1M. Semoga dapat terus memajukan PI1M ini agar sentiasa mengikuti perkembangan IT masa kini.

Minat yang begitu mendalam di dalam bidang yang diceburi ini, beliau berharap agar perniagaan beliau akan terus berkekalan dan semakin hari akan berkembang dengan lebih maju pada masa akan datang.