Kisah Kejayaan Q4 Pi1M Felda Inas Utara (Peniaga Elken)

15 December 2016 | Kisah Kejayaan

Kisah Kejayaan Pusat Internet 1 Malaysia (Pi1M) Felda Inas Utara

Nama                :           Jamilah Binti Zahar

Umur                :           57 tahun

Pekerjaan          :           Peniaga Elken

Alamat              :           No. 60, Jalan Jati 2, Felda Inas

Facebook ID     :           Jamilah Zahar

No HP              :           013-7171757 / jamilahzahar@yahoo.com

Lebih mesra dikenali sebagai Cik Milah. Seorang ibu lima orang anak dan surirumah sepenuh masa. Latar belakang pendidikan beliau ialah sijil SRP (Sijil Rendah Pelajaran). Namun, minat beliau cenderung terhadap perniagaan di mana perniagaan Elken ini sudah 6 tahun dilakukannya sejak tahun 2010. Minat ini bermula daripada seorang kawan yang membuat promosi barang yang datang ke rumah beliau, selepas itu beliau terus tertarik untuk melakukannya di mana pada permulaanya hanya enam orang ahli sahaja yang menyertainya. Produk utama elken yang beliau mula jual ialah produk penapis air Elken sehinggalah kini beliau menjual kesemua produk kesihatan dan kecantikan daripada Elken.

Gambar 1 : Pn Milah seorang ahli penerokawati yang rajin hadir ke kelas komputer di Pi1M Felda Inas.

Perniagaan Elken yang agak berkembang telah memberikan beliau penghargaan dan  hadiah percutian beliau dan pasangannya pergi bercuti banyak tempat. Antaranya ialah pada tahun 2011 beliau dapat pergi ke Beijing, pada tahun 2012 beliau telah pergi ke Mongolia dan Taiwan.

Pada awalnya, beliau memang tidak tahu menahu menggunakan komputer & IT untuk mencari info dan maklumat. Malah, beliau tidak mempunyai akaun email dan akaun facebook. Beliau memakai smartphone hanya digunakan untuk perkara biasa dan asas sahaja. Setelah diberi pendedahan dan tunjuk ajar ilmu ICT oleh pihak kami, beliau pun sudah menyertai kelas surirumah setiap minggu, beliau kemudian sudah tahu serba sedikit menggunakan komputer & IT untuk mencari maklumat sendiri. Malah, beliau sudah mempunyai akaun email dan akaun laman sosial (facebook). Setelah diberi pendedahan dan praktikal sebenar, beliau lebih pandai menggunakan smartphone untuk melayari internet, laman sosial, menggunakan google dan membuka emailnya sendiri. Beliau juga agak mahir dan pandai membuat movie @ video maker yang menggunakan aplikasi sedia ada yang terdapat di dalam smartphone beliau.

Gambar 2 : Pn Milah yang sedang membuat membuat promosi Elken di Pi1M Felda Inas.

Pada pandangan beliau, kewujudan Pusat Internet 1 Malaysia di Felda Inas ini merupakan satu perkembangan yang bagus. Malah, menjadi pusat tumpuan yang bermanfaat kepada semua penduduk Felda tanpa mengira peringkat umur dan golongan bermula daripada kanak-kanak sehingga kepada peneroka dan penerokawati. Prasarana yang serba lengkap seperti perkhidmatan fotostat dan cetakan telah disediakan oleh PI1M. Keutamaan beliau yang mana penggunaan internet memudahkan untuk melihat laman website Elken untuk rujukan.