Running Pi1M

14 December 2016 | Berita Terkini

14 Disember 2016 : Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Inas Utara telah menjalankan pertandingan bertajuk Running PI1M. Program ini bermula kira-kira jam 9.00 pagi. Aktiviti yang diadakan pada kali ini bertujuan untuk menguji fizikal dan mental para peserta yang menyertai pertandingan ini dan mengisi masa lapang mereka yang sedang bercuti sekolah akhir tahun.

Seperti biasa, para peserta perlu mendaftarkan diri untuk mengikuti pertandingan yang akan dijalankan. Sebanyak enam kumpulan yang bertanding iaitu lebih kurang 24 orang peserta yang menyertai aktiviti ini. Sambutan penyertaan pada kali ini agak menggalakkan. Manakala, sebelum memulakan pertandingan, taklimat ringkas diberikan kepada semua peserta kumpulan dan AJK yang dikehendaki menjaga enam checkpoint yang telah ditetapkan oleh pihak kami. Checkpoint yang diberikan ada enam iaitu bermula dari Bangunan GPW, Dewan Terbuka 1, Dewan Terbuka 2, Kedai Hardware, Kedai Wak Jar dan Kedai Wak Bon.

Gambar 1 : Terdapat 6 kumpulan yang menyertai dalam pertandingan Running Pi1M ini.

Hanya satu pusingan acara ini dilakukan di mana setiap checkpoint ada soalan kuiz yang perlu setiap kumpulan jawab dan jika mereka tidak dapat menjawab dengan betul, mereka akan didenda mengikut denda yang telah ditetapkan oleh pihak kami juga. Sememangnya persaingan memang agak sengit semasa pertandingan ini dijalankan. Masing-masing menunjukkan semangat dan keyakinan untuk menang untuk pertandingan ini.

Gambar 2 : Ragam peserta ketika menjawab soalan di lokasi yang ditetapkan dan denda yang telah dikenakan.

Kumpulan yang menang pula pihak kami pilih bukan yang paling pantas tetapi berdasarkan kiraan mata yang telah dikumpul oleh mereka pada setiap checkpoint yang telah berjaya diharungi. Hadiah berbentuk hamper pula disediakan untuk setiap kumpulan yang menang daripada tempat pertama, kedua dan ketiga dan terdapat tiga hadiah saguhati. Semua kumpulan memang dapat bahagian masing-masing.

Gambar 3 : Program diakhiri dengan bergambar bersama dan tahniah kepada mereka yang berjaya.

Semoga aktiviti sebegini dapat mengisi masa lapang mereka yang sedang bercuti akhir tahun persekolahan tahun 2016 sekaligus dapat membuka minda ahli-ahli PI1M yang lain untuk menyertai program yang akan diadakan pada masa akan datang. Program ini tamat kira-kira 1.00 petang.