Hari Terbuka Pi1M Felda Inas Utara 2016

21 December 2016 | Berita Terkini

21 Disember 2016 : Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Felda Inas Utara telah mengadakan Hari Terbuka PI1M Felda Inas Utara sempena cuti akhir tahun persekolahan sesi 2016. Program ini hanya setahun sekali sahaja perlu dilaksanakan yang mana pada kali ini Hari Terbuka PI1M ini dibuat pada hujung tahun.  Pelbagai aktiviti yang diadakan bertujuan untuk merapatkan silaturrahim antara ahli masyarakat setempat yang mana aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan melibatkan penyertaan semua ahli komuniti daripada kanak-kanak 4 dan 5 tahun, pelajar Sekolah Kebangsaan & Menengah, golongan muda belia dan kumpulan wanita GPW. Seawal pagi jam 8.00, aktiviti pertama yang dijalankan ialah bersama dengan wanita GPW iaitu senaman jimrobik @ aerobik. Sememangnya aktiviti ini walaupun nampak mudah namun menguji ketahanan fizikal dan mental semua yang telah menyertai senaman ini secara beramai-ramai diketuai oleh tiga orang wanita iaitu Hj Habibah, Puan Robidah & Puan Rubiah. Kira-kira jam 9.00 pagi berakhir acara ini. Kemudian, mereka yang terlibat diberikan hidangan minum pagi dan bagi kanak-kanak dan pelajar diberikan sumbangan Goodies Bag.

Gambar 1 : Aktiviti dimulakan dengan melakukan senaman bersama ahli wanita GPW.

Sebelum acara diteruskan, pendaftaran kehadiran semua peserta dan semua yang hadir memandangkan pihak kami ada menyediakan acara cabutan bertuah sebelah pagi dan petang. Acara program kemudian diteruskan dengan Pertandingan Membuat Lepat Pisang paling sedap yang telah dijuri oleh Pengerusi GPW iaitu Hjh Zainon Binti Samin. Pada pagi tersebut, seramai 11 orang wanita yang terdiri daripada penerokawati yang telah memasuki pertandingan ini. Kemudian, dalam masa yang sama pertandingan seterusnya diadakan iaitu Pertandingan Persembahan Kreatif oleh pelajar yang berminat menyertai, terdapat empat persembahan yang telah dipersembahkan oleh mereka iaitu Persembahan Kumpulan Dance yang dianggotai 5 orang pelajar bertemakan lagu Pencuri Hati, kemudian persembahan individu ‘Membuat Cube’, persembahan individu menyanyi dan terakhir persembahan ‘Meukis Tokoh PM’ secara live di khalayak ramai.   

Gambar 2 : Situasi dan ragam Pengerusi GPW untuk mengadili Pertandingan Lepat Pisang paling sedap.

Setelah acara persembahan kreatif berakhir, aktiviti diteruskan iaitu Pertandingan Mewarna bagi kanak-kanak 4 & 5 tahun di dalam komputer menggunakan Paint yang hanya disertai 8 orang kanak-kanak yang dapat menyertai pertandingan ini. Kemudian, aktiviti diteruskan dengan Pertandingan Menaip Pantas bagi peringkat muda belia yang mana disertai 8 orang peserta. Kesemua acara ini kira-kira berakhir sebelum tengahari memandangkan program ini akan mencapai acara kemuncak iaitu dirasmikan Pengurus Felda Inas Utara.

Gambar 3 : Penyampaian hadiah bagi acara Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak 4 & 5 tahun.

Acara yang ditunggu-tunggu bermula setelah semua tetamu kehormat yang dijemput untuk bersama-sama meraikan perasmian Hari Terbuka PI1M Felda Inas Utara. Acara telah dimulakan ucapan alu-aluan oleh Pengerusi Majlis daripada Pengurus PI1M Felda Bukit Permai iaitu Siti Nor Atiqah Saadon, namun sebelum semua acara dimulakan dipersilakan bacaan doa oleh Tuan Imam Majid Jamek Felda Inas Utara, Tuan Hj Hasnor. Selesai sudah bacaan doa, ucapan mukadimah dari Pengurus PI1M Felda Inas Utara sekaligus acara terus dimulakan dengan ucapan dan simbolik perasmian oleh Pengurus Felda Inas Utara iaitu Encik Abdul Ghani Bin Saad dengan memotong riben dan menurunkan tandatangan. Kemudian, acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang dan 21 hadiah cabutan bertuah kepada yang bertuah. Usai sudah, pemberian sumbangan cenderahati kepada perasmi diberikan sebelum para tetamu kehormat diberikan hidangan makanan tengahari di Bangunan GPW.

Sebelum acara bermula pada sebelah petang, pendaftaran bagi yang menghadiri program ini. Program diteruskan lagi dengan Taklimat KDB (Klik dengan Bijak) dan Advokasi daripada penceramah daripada Pengurus PI1M Felda Layang-layang iaitu Encik Khirominshah Mafford. Penceramah juga ada menyelitkan soalan kuiz bagi yang mendengar ceramah ini. Selepas taklimat ini berakhir, acara Pertandingan Teka Silangkata KDB dimulakan pula yang mana disertai kira-kira 17 orang pelajar. Mereka perlu menjawab soalan silangkata ini berdasarkan website Klik Dengan Bijak. Setelah selesai, acara terakhir iaitu acara Cabutan Bertuah yang mana ada 11 hadiah yang disediakan.

Gambar 4 : Aktiviti cabutan bertuah adalah program yang paling di minati oleh oleh ramai.

Secara kesimpulannya, program yang kami laksanakan berjalan lancer dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan daripada ahli komuniti di sini. Jutaan terima kasih yang telah menjayakan bersama-sama terutama kerjasama Pengerusi GPW, bantuan rakan sekerja, semua AJK program, dan penyertaan secara langsung dan tidak langsung daripda semua. Semoga program sebegini dapat mengisi masa lapang dan memberi manfaat kepada mereka yang sedang bercuti akhir tahun persekolahan tahun 2016 sekaligus dapat membuka minda ahli-ahli PI1M yang lain untuk menyertai program yang akan diadakan pada masa akan datang kelak. Program Hari Terbuka ini telah tamat kira-kira 5.30 petang.

Gambar 5 : Majlis diakhiri dengan sesi bergambar bersama ajk, ahli Pi1M serta rakan seperjuangan yang datang dari Pi1M Felda Bukit Permai & Felda Layang-layang.