Ekonomi dan Keusahawanan

PERTANIAN DAN PERLADANGAN

 

Kelapa sawit merupakan tanaman utama di sini namun terdapat beberapa peneroka yang berminat untuk bertani mengusahakan tanaman. Antaranya ialah tanaman tebu, lada hitam dan paling banyak tanaman serai. Tanah yang luas dan subur di kawasan rancangan ini dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk rancangan di sini.

Walaupun pertanian yang diusahakan penduduk tidak luas namun hasilnya boleh dijadikan sumber pendapatan sampingan. Misalnya tanaman tebu melibatkan 16 hektar diusahakan lebih kurang 9 orang, tanaman lada hitam melibatkan 3 hektar diusahakan oleh 2 orang dan tanaman serai merupakan projek komersial Felda Inas Utara. tanaman serai paling banyak keluasannya iaitu 35 hektar diusahakan lebih kurang 18 orang. Bagi kebanyakan mereka terutamanya yang menanam serai, mereka kebiasaannya mempunyai pembeli tetap yang ingin mendapatkan bekalan serai. Serai tersebut dipasarkan di sekitar Kulai dan Kota Tinggi dan jualan terus ke FAMA Johor Bharu. Hasil penjualan serai dapat memberikan pendapatan tambahan sehingga RM1,500.00/bulan kepada 3 orang pengusaha yang mengusahakan kawasan lebih 1 hektar/orang.



PENTERNAKAN

 

Aktiviti penternakan yang dijalankan di Felda Inas antaranya ialah penternakan lembu fidlot, ternakan lembu berpagar dan ternakan kambing. Walaupun tidak diusahakan secara komersial, namun dengan adanya ternakan seperti ini penduduk tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan bekalan daging lembu dan kambing untuk kegunaan sendiri.

Ternakan lembu fidlot melalui pinjaman SIUF misalnya berjumlah 16 ekor diusahakan oleh 4 orang, ternakan lembu berpagar  berjumlah 149 ekor diusahakan oleh 21 orang. Ternakan kambing pula paling banyak kerana 125 ekor hanya seorang pengembala kambing sahaja. Sekurang-kurangnya hasil perternakan ini boleh menyumbang kepada sumber ekonomi sesebuah keluarga yang mengusahakannya.

 

PERNIAGAAN

 

Bagi perusahaan IKS pula melibatkan makanan ringan iaitu kerepek pisang dan makanan basah. Terdapat 6 orang penerokawati yan terlibat. Manakala bagi perniagaan kedai di sini ada 11 kedai yang mana kedai makan terdiri daripada 6 orang peniaga, kedai runcit daripada 4 orang peniaga dan kedai hardware hanya daripada seorang peniaga.

Di samping itu bagi perniagaan perkhidmatan seperti jahitan, bengkel kereta dan motor dan kimpalan juga ada di sini. Terdapat 8 orang yang mengambil upah menjahit, 5 orang yang mempunyai bengkel kereta dan motor dan 7 orang yang mengusahakan bisnes kimpalan. Perkara sebegini menjadikan peneroka dan keluarga sebagai usahawan yang berdaya saing dan maju dalam usaha menambah serta meningkatkan lagi pendapatan isi keluarga peneroka. Felda perlu memastikan usahawan sedia ada meneruskan projek dan memantau agar lebih maju dan berjaya.

Antara langkah membantu usahawan ialah memberi pinjaman SIUF dan bantuan modal dari agensi lain kepada mereka yang bermasalah atau ingin tambah produktiviti. Selain itu, mendapatkan peluang-peluang pasaran bagi mempergiat dan mengaktifkan projek.

Oleh itu, bakal usahawan yang berminat boleh menggunakan sepenuhnya kawasan kosong dengan tujuan komersil. Mereka perlu mengenalpasti semua kawasan kosong dan mendaftarkan semula projek yang dijalankan. Mereka juga boleh mendapatkan khidmat nasihat serta tunjuk ajar pelbagai aspek dari Jabatan Pertanian, Haiwan dan sebagainya. Maka, penting untuk mereka mengekalkan hubungan dengan agensi untuk bantuan yang disediakan dari agensi berkaitan.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.