Kemudahan Awam

KLINIK DESA FELDA INAS

 

Penduduk Felda Inas boleh mendapatkan rawatan kesihatan sementara di Klinik Desa Felda Inas yang beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat, bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Kedudukan klinik ini yang strategik & tidak jauh dari penempatan penduduk dan mudah bagi mereka untuk datang mendapatkan perkhidmatan kesihatan. Antara perkhidmatan yang disediakan di klinik ini adalah pemeriksaan kesihatan, klinik kesihatan kanak-kanak setiap Khamis, pemeriksaan ibu mengandung setiap Isnin, dan turut menyediakan perkhidmatan rawatan ke rumah untuk wanita mengandung. Sekiranya berlaku kes-kes kritikal, pihak klinik akan terus merujuk kepada Klinik Kesihatan Kulai ataupun ke Hospital Kulai yang mana terletak lebih kurang 20 km dari Felda Inas.

 

PERSATUAN RELA

Keselamatan Felda Inas secara amnya adalah di bawah jagaan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan  (JKKR) dan anggota Ikatan Relawan Rakyat (RELA). JKKR sentiasa memantau keadaan kampung bagi memastikan tiada aktiviti jenayah yang boleh mengancam keselamatan rancangan. Manakala persatuan RELA amat peka dengan segala perkara berkaitan dengan keselamatan kampung dan rondaan secara berkala merupakan antara cara untuk menjamin keamanan terus tercapai. Selain itu, khidmat anggota RELA juga diperlukan untuk menjaga jalan dan ketenteraman apabila ada majlis-majlis tertentu dan keramaian yang diadakan sekaligus manjaga keselamatan dan kelancaran majlis agar berjalan dengan jayanya.



POS POLIS KOMUNITI

Pos polis komuniti Felda Inas telah diwujudkan dan telah siap dibina pada awal tahun 2016. Tujuan yang utama adalah memudahkan penduduk untuk membuat sebarang aduan berkaitan kegiatan jenayah yang berlaku di sekitar Felda Inas. Di samping itu, penduduk juga harus berkerjasama dengan pihak polis dalam menjaga keselamatan kampung bagi megelakkan kejadian yang tidak diingini. Selain itu, dengan adanya pos polis komuniti ini dapat mengeratkan lagi hubungan di antara pihak polis dengan masyarakat setempat dalam usaha mengurangkan kadar jenayah.


Balai Polis Kulai 07-6632122

Bilik Gerakkan IPD Kulai 07-6637222

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.