Maklumat Tempatan

MAKLUMAT KOMUNITI FELDA INAS


LOKASI FELDA INAS


Rancangan Felda Inas terletak di kawasan Mukim Sedenak di Daerah Kulai. Kawasan ladang bersempadan dengan Felda Taib Andak, ladang Inas Selatan, ladang Pekan dan ladang Freser. Selain itu, satu laluan telah dibina bagi menghubungkan Bandar Tenggara ke Bandar Kulai yang telah menjadikan perjalanan antara 2 bandar hanya 25km sahaja. Ia telah menjadikan bandar yang paling hampir dengan Felda Inas ialah kulai (10km) dan Bandar Tenggara (15km) sahaja berbanding sebelum ini.

 

Daerah:

Kulai

Mukim:

Sedenak

Bandar paling hampir

 

Daripada Jalan Sengkang

yang baru dibuka

Taman Anggerik (11km)

Bandar Tenggara (15km)

Bandar Kulai (10 km)

 

Parlimen :

Parlimen:

Kulai

Ahli Parlimen:

Y.B Dato’ Seri Ong Ka Ting

Dewan Undangan Negeri (DUN) :

DUN:

Bukit Permai

Ahli DUN:

Y.B Hj Kamaruzaman Bin Ali

Ketua  UMNO Bahagian

Y.Bhg. Dato’ Adam Hamid

 

MAKLUMAT ASAS RANCANGAN

 

Kod Rancangan:

3395

Mukim:

Sedenak, Kulaijaya

Jenis tanaman yang diusahakan

Penanaman kelapa sawit

Keluasan kebun bagi Lot Peneroka

Lot Felda

Jumlah keseluruhan

1062.03 hektar

 

48.40 hektar

1110.43 hektar

Tahun pembangunan

Bermula pada tahun 1976/77, melibatkan 136 pokok

Jenis klon tanah

Rengam 75%

Rancangan Penanaman Semula

Tarikh

1 Januari 2007

Keluasan tanah yang mengikuti penanaman semula (ASAL)

989.74 hektar (246 peneroka)

93.18%

Keluasan tanah yang mengikuti penanaman semula

969.49 hektar (244 orang)

92.42%

Keluasan tanah yang membuat penanaman semula sendiri

72.29 hektar (18 orang)

6.82%

Keluasan Kawasan Felda

Jumlah

151.23 hektar

Jumlah peneroka

264 orang

Jumlah blok

13 blok

Tarikh terima bk

Jun 1999

Tarikh terima hak milik (geran)

5 Februari 2004

Kemudahan Asas – Masjid, Sekolah Kebangsaan, Sekolah Agama, Klinik Desa, Balairaya, Bangunan GPW (Gerakan Persatuan Wanita), Gelanggang Futsal, Pondok RELA, Padang Awam, Dewan Raya, Tabika Kemas, Deretan Kedai & Perniagaan, Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M), Pejabat Felda, dan lain-lain.

 

SEJARAH FELDA INAS

 

Menurut cerita daripada orang-orang lama di rancangan sini, nama Felda Inas di ambil sempena nama Sungai Inas yang mana menjadi laluan dan penghubung untuk masuk di Felda ini. Sungai ini menjadi sempadan diantara Sungai Sayong dan aliran Sungai Sayong akan mengarus memasuki Sungai Kota Tinggi. Nama Sungai Inas ini mungkin bersandar kepada sungai yang berhampiran dan ceritera-ceritera dari lagenda dahulu kala dan ianya terletak di dalam daerah Kulaijaya. Rancangan ini telah diteroka sekitar tahun 1976-an.



 POLULASI PENDUDUK FELDA INAS

Majoriti penduduk yang menetap di Felda Inas Utara adalah kaum Melayu yang dianggarkan berjumlah 1206 orang penduduk. Salah satu amalan yang sememangnya tidak pernah dilupakan oleh penduduk kampung ini adalah amalan bergotong-royong.

Walaupun masing-masing sibuk dengan pekerjaan harian, amalan bergotong-royong masih lagi diteruskan seperti membersihkan kawasan perkuburan, masjid dan kawasan sekitar kampung. Aktiviti yang melibatkan penduduk kampung seperti ini banyak menyumbang ke arah pembangunan di samping mengeratkan hubungan sesama penduduk setempat.

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.