Pelancongan & Rekreasi

KOLAM MEMANCING KASEH

Nama Pemilik : Suhailey Binti Saib

No Telefon : 011-16518313

Alamat : No.10 Jalan Keranji, Felda Inas, 81000 Kulai Johor.

 

Kolam memancing Kaseh ini dimiliki oleh anak peneroka Felda Inas. Telah diusahakan pada tahun 2011 lagi. Kolam ini di buka pada waktu cuti sahaja seperti hari Sabtu dan Ahad. Hanya ikan keli sahaja yang terdapat di kolam tersebut. Pertandingan memancing biasa diadakan pada masa-masa tertentu selain itu mereka berpeluang membawa hadiah yang lumayan dari hasil tangkapan tersebut.

 

 

KEDAI MAKAN CHICKEN CHOP

Nama Pemilik : Siti Asiah Binti Abd Rahim

No.Telefon : 011-26716052

Alamat penuh : No. 14 Jalan Keranji, Felda Inas, 81000 Kulai Johor.

 

Perusahaan Kedai Makan Chicken Chop ini telah ditubuhkan sejak tahun 2012 lagi. Antara menu utama disini ialah Chicken Chop. Selain itu, menu lain ialah mee sup, bakso, kentang goring, burger dan ABC. Perusahaan kedai makan ini dibuka setiap hari kecuali hari Jumaat dan Sabtu, dibuka bermula jam 4.00 petang sehingga 11.00 malam. 

 

 

HOMESTAY KASEH

Nama Pemilik : Suhailey Binti Saib

No Telefon : 011-16518313

Alamat : No.10 Jalan Keranji, Felda Inas, 81000 Kulai Johor.

 

Suhailey Binti Said merupakan anak peneroka Felda Inas dan beliau juga adalah orang pertama yang telah memulakan perusahaan inap desa di Felda Inas ini. Inap desa tersebut di beri nama Homestay Kaseh ditubuhkan pada tahun 2011. Inap desa ini ditubuhkan bagi memudahkan pengunjung dari jauh datang untuk berehat, dan kebiasaannya inap desa beliau di sewa apabila ada majlis kenduri kahwin. Pastinya memudahkan saudara mara untuk menginap di rumah tersebut.

 

 

PERUSAHAAN KEREPEK PISANG

Nama Pemilik : Sukemi Bin Hd Badron

No.Telefon : 019-7812860

Alamat Penuh : No.140, Jalan Cendana 2, Felda Inas, 81000 Kulai, Johor.

 

En Sukemi Bin Hj Badron adalah seorang ahli peneroka di Felda Inas dan beliau juga adalah seorang pengusaha kerepek pisang tanduk sejak 3 tahun lalu. Beliau telah mengusahakan kerepek pisang ini bersama keluarganya. Pada mulanya En Sukemi memulakan perusahaan ini secara kecil-kecilan seperti menjual di kedai-kedai sahaja. Selain itu beliau turut menjual secara atas talian iaitu dengan mempromosikan jualan di dalam laman sosial seperti laman facebook dan instagram. Alhamdulilah, beliau telah mendapat tempahan dan permintaan yang tinggi sehingga kerepek pisang tanduk ini dapat di pasarkan sekitar Kulai, Johor malah sehingga ke Pahang dan Kuala Lumpur.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.