Pendidikan

SEKOLAH KEBANGSAAN FELDA INAS (SKFI)


Sekolah Kebangsaan Felda Inas merupakan sekolah yang telah dibina di kawasan LKTP bagi menempatkan anak-anak peneroka Felda Inas dan kawasan yang berhampiran dengannya. Sekolah ini dibuka dengan rasminya pada 1 Januari 1984 dan dikenali sebagai SK.LKTP Sungai Inas serta menyediakan infrastruktur sekolah yang terdiri daripada bangunan 2 blok dan kantin. Luas kawasan sekolah ini adalah 4.2 hektar. Kemudian sekolah ini telah ditukarkan namanya kepada SK. Felda Inas. Lokasinya terletak berhampiran dengan Bandar berhampiran seperti Bandar Tenggara, Taman Anggerik dan bandar Kulaijaya.

Di peringkat awal pembukaannya, sekolah ini menerima seramai 211 orang murid dan 5 orang guru. Jawatan Guru Besar pertama di sekolah ini telah disandang oleh Tn. Hj. Ismail b. Hj. Masom yang telah berkhidmat dari 1 Januari 1984. Pada tahun 1995, sebuah blok bangunan baru telah dibina. Hingga kini, sekolah ini mempunyai murid seramai 138 orang dan 20 orang guru. Sekolah ini juga telah dilengkapi oleh Makmal Komputer, Kelas Pemulihan Khas, Kelas Pendidikan Khas, Kelas Prasekolah, Makmal Sains, Bengkel Kemahiran Hidup dan Kelas Tahun 1 hingga Tahun 6.

 

SEKOLAH AGAMA FELDA INAS (SAFI)


Selain daripada Sekolah Kebangsaan, terdapat juga sebuah Sekolah Agama iaitu Sekolah Agama Felda Inas. Sekolah ini menempatkan anak-anak dan cucu-cucu penduduk  Felda Inas dan kawasan sekitarnya. Sekolah ini untuk pelajar daripada Darjah 1 sehingga Darjah Khas. Sekolah Agama Felda Inas terletak bersebelahan dengan Masjid Jamek Al-Hussin Felda Inas.

 

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.