Berita & Aktiviti Terkini

Program Photolicious Dan KDB

23 April 2017 | Berita Terkini

Program Photolicius dan KDB Pada 23 April 2017 Pusat Internet 1Malaysia telah mengadakan satu program yang dikenali sebagai program Photolicious. Program Photolicious ini melibatkan pelajar sekolah rendah. Seramai 25 orang telah menyertai program ini. Objektif program ini adalah untuk membimbing peserta menggunakan perisian penyuntingan gambar agar gambar yang diambil lebih cantik dan menepati kriteria iklan produk makanan. Program ini juga diadakan bagi mengisi masa lapang para pengguna Pi1M di luar waktu persekolahan. Program bermula pada pukul 2.00 petang dengan pendaftaran para peserta. Seterusnya peserta diberikan satu komputer untuk mereka membuat suntingan gambar. Gambar haruslah gambar... read more

Program Bubur lambuk Muhibah & E- Waste

19 June 2017 | Berita Terkini

Program Bubur Lambuk Muhibah & E- Waste  Pi1M (f) jelai 4 telah diadakan pada 20 Jun 2017  iaitu pada hari Selasa. Program ini dijalankan bersama komuniti yang tinggal berdekatan PI1M (F) Jelai . Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim bersama komuniti setempat dan juga ahli PI1M. Selain itu, tujuan kami mengadakan Program Bubur Lambuk Muhibah & E- Waste ini juga adalah untuk mewujudkan semangat kerjasama dalam diri setiap ahli PI1M (F) Jelai 4. Program ini telah berlansung dari jam 10.00 pagi dengan kehadiran kaum ibu sekitar PI1M untuk menyediakan bahan-bahan masakan. Tepat jam 11.30... read more

Program Advokasi & Cabaran Anyam Ketupat Terbanyak

20 June 2017 | Berita Terkini

Program Advokasi & Cabaran Anyam Ketupat Terbanyak telah diadakan pada 20 Jun 2017 bersamaan hari Rabu, telah diadakan di Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jelai 4. Program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim antara Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jelai 4 bersama komuniti. Selain itu, tujuan program ini diadakan adalah untuk memberi sesi taklimat ringkas berkaitan Mobile E-Waste dan Check Your Label.  Program ini telah diadakan pada jam  2.00 petang hingga 6.00 petang. Seramai 15 orang ahli gerakan peneroka wanita Felda Jelai Empat telah menyertai program ini bersama komuniti setempat. Selepas ketupat dibuat... read more

Program Advokasi dan Hiasan Kek Buah

24 May 2017 | Berita Terkini

                                                                                         Pada 24 Mei 2017, Pusat Internet 1 Malaysia (F) Jelai 4 telah mengadakan Program Advokasi dan Hiasan Kek Buah. Program ini terbuka kepada golongan ibu-ibu tunggal dan penerokawati. Objektif program ini adalah untuk memberi pendedahan dan taklimat berkaitan “Mobile E-Waste” disamping menjalankan program riadah bersama komuniti yakni hiasan... read more

Program Advokasi dan Hiasan Puding

23 May 2017 | Berita Terkini

                                                                                 Pada 23 Mei 2017 , telah berlansungnya  program komuniti yang dikenali sebagai Program Advokasi dan Puding Hiasan. Program advokasi yang diselitkan pada program ini adalah “Check Your Label”, dimana para tetamu dan peserta haruslah memastikan telefon pintar yang diberi mempunyai pelekat rasmi dari Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia.          ... read more

Dulu suri rumah kini Usahawan katering

18 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

               Puan Norafzan binti Norman merupakan anak peneroka Felda Jelai 3. Beliau mula menceburi bidang perniagaan pada tahun 2013 dengan membuka kedai menjual makanan ringan seperti jagung manis, waffle rangup dan pelbagai air buah-buahan. Pada tahun 2014 beliau mengetahui tentang kewujudan Pusat Internet 1Malaysia Felda Jelai Empat dan kelas usahawan percuma yang ditawarkan. Beliau telah mendaftar sebagai ahli dan mengikuti kelas usahawan tersebut. Hasil daripada pembelajaran di kelas usahawan Pi1M (f) Jelai Empat, beliau telah berjaya mempromosikan perniagaan beliau di media social seperti facebook dan whatsapp.... read more

Dari Joolai Coffee ke D Aura Snow Wash

18 April 2017 | Profil Usahawan Tempatan

Nurhanisah binti Mohd Akhbar atau lebih mesra dipanggil Manja merupakan satu-satunya pengusaha kopi hipster di Felda Jelai. Manja memulakan perniagaan ini pada awal tahun 2015 dan kini semakin maju dengan pelbagai menu makanan sampingan turut disediakan di kafe kopi hipster beliau. Bertitik tolak daripada perusahan Joolai Coffee beliau, kini beliau telah berjaya mengorak langkah mengembangkan produk dan perkhidmatan atas nama beliau dengan terbinanya perniagaan perkhidmatan cuci kereta ‘Joolai Carwash’.                      Sambil berkongsi kisah suka duka beliau sepanjang menceburi dunia perniagaan ini. Idea mengembangkan perniagaan ke bidang perniagaan perkhidmatan... read more

Program Mini E-Zoo

25 March 2017 | Berita Terkini

Program Mini E-zoo merupakan program julung kali diadakan di Pusat Internet 1Malaysia Felda Jelai Empat. Program ini diadakan bertujuan untuk menerapkan rasa sayang terhadap haiwan serta mengajak para peserta untuk mengenal jenis-jenis hidupan liar yang ada di Malaysia. Nilai-nilai murni seperti semangat untuk mempelajari ilmu sains dan berkunjung ke zoo juga dipupuk di dalam program ini.                               Program ini berlangsung pada pada 25 Februari 2017 pada pukul 9.00 pagi. Seramai 25 orang peserta telah mendaftar pada program kali ini. Setiap peserta dibahagikan kepada... read more

Program Futsal Kampung

18 March 2017 | Berita Terkini

Pada 18 Mac 2017 ,telah diadakan program Futsal Kampung bertempat di padang futsal Felda Jelai Empat. Program ini merupakan anjuran sepenuhnya oleh pihak Pusat Internet 1Malaysia Felda Jelai Empat. Program ini diadakan bertujuan untuk mengisi masa lapang para pelajar sekolah menengah dan rendah dengan aktiviti sukan apatah lagi dengan kedatangan musim cuti sekolah pada bulan ini.                             Program ini telah disertai oleh peserta seramai 50 orang yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah. Dua Kategori telah dipertandingkan iaitu kategori bawah 12 tahun dan... read more

Program Kem Cuti Sekolah

24 March 2017 | Berita Terkini

Sempena musim cuti sekolah Mac 2017 yang telah tiba, Pusat Internet 1Malaysia Felda Jelai Empat telah menjalankan sebuah program buat para ahli dan pengguna Pi1M Felda Jelai Empat. Program yang dikenali sebagai kem cuti sekolah ini berlangsung pada 21 hingga 24 Mac 2017 .Sepanjang lima hari program berlangsung pelbagai aktiviti luar dan dalam telah dijalankan.               Program ini telah disertai oleh para peserta seramai 53 orang yang terdiri daripada para pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.Program berlangsung selama lima hari ini Bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukuul... read more

lagi berita & aktiviti