Berita Terkini

Program Pertandingan Membuat Sampul Duit Raya Bersama PEDi Felda Jelai 4

24 April 2022 | Berita Terkini

  Pada 24 April yang lalu, PEDi Felda Jelai 4 telah menjalankan program bersama adik-adik di Felda Jelai ini. Program pada bulan ini adalah Program Pertandingan Membuat Sampul Duit Raya. Program ini bermula seawall jam 10.00 pagi dan berakhir sekitar jam 12.00 tengah hari dan program berlangsung di PEDi Felda Jelai 4. Program kali terbuka kepada 20 orang peserta sahaja, tetapi pada hari berkenaan peserta yang hadir cuma 13 orang sahaja kerana selebihnya tidak sihat. Pihak PEDi Felda Jelai 4 masih menjalankan SOP Covid-19 untuk membendung penularan wabak ini. Peserta lelaki seramai... read more

Usahawan Q1 2022 : Mazia Nazuha Binti Mustafa

29 March 2022 | Profil Usahawan Tempatan

  Puan Mazia Nazuha Binti Mustafa merupakan anak peneroka Felda Jelai 2. Beliau berumur 36 tahun dan sedang mengusahakan perniagaan kecilnya iaitu perniagaan makanan berlauk. Beliau bekerja bersama kedua ibu bapanya sahaja.   Puan Mazia merupakan anak ke 2 daripada 5 adik beradik. Beliau dan keluarga menetap dirumah kedua ibu bapanya. Puan Mazia sudahkan berkahwin dan dikurniakan 2 orang cahaya mata. Suami beliau Mohd Dzul Haizi Bin Kasim sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada beliau untuk terus maju ke hadapan. Selain itu, suami beliau juga akan membantu Puan Mazia untuk membeli barang perniagaannya. Pada... read more

Usahawan Q1 2022 : Hasyifa Binti Abu Hassan

29 March 2022 | Profil Usahawan Tempatan

  Puan Hasyifa Binti Abu Hassan merupakan anak peneroka Felda Jelai 1. Beliau yang berumur 42 tahun merupakan seorang usahawan yang berjaya. Beliau juga telah mengusahakan satu bengkel jahitan yang diberi nama Jahitan Syifa Iluz. Puan Hasyifa merupakan anak ke 5 daripada 8 orang adik beradik. Beliau juga mempunyai 2 orang lelaki iaitu Rizq Ilyas Bin Lamin yang bersekolah di MRSM Muadzam dan seorang lagi Rizq Uzair Bin Lamin yang bersekolah di Sekolah Kebangsaan Felda Jelai.   Pada tahun 2012, beliau telah mula belajar menjahit dengan menghadiri kursus yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan... read more

Usahawan Q1 2022 : Nur Farahiyani Binti Zaihan

26 March 2022 | Kisah Kejayaan

  Nur Farahiyani Binti Zaihan merupakan anak pertama daripada empat adik-beradik yang terdiri daripada 2 perempuan dan 2 lelaki. Ibu bapanya bekerja di luar daripada kawasan Felda Jelai, beliau dan adik-adiknya menetap bersama nenek di Felda Jelai 2. Farahiyani merupakan pelajar Sekolah Kebangsaan Felda Jelai 2 dan beliau masih bersekolah dan menduduki  Kelas 6 Ibnu Sina. Beliau sering berkunjung ke PEDi Felda Jelai 4 untuk menggunakan perkhidmatan ICT dan beliau merupakan seorang yang sangat mesra dan pemalu. Pada kebiasaannya, beliau akan berkunjung ke PEDi bersama rakan-rakannya untuk mendapatkan perkhidmatan internet, fotostet dan sebagainya.... read more

Program Advokasi KDB, Program Kembali Ke Sekolah, Pembukaan Mobile Kaunter TH Gemas dan Kelas Usahaw

23 March 2022 | Profil Usahawan Tempatan

  Pada 23 Mac 2022 yang lalu, PEDi Felda Jelai 4 telah mengadakan satu program yang besar di mana melibatkan agensi dari luar termasuk Tabung Haji cawangan Gemas. Program bermula seawal jam 10 pagi di mana pihak Tabung Haji membuka kaunter mereka di bahagian cafe iaitu di luar PEDi manakala kelas usahawan pula berlangsung di bahagian bilik latihan bersama para usahawan dan komuniti setempat . Kami turut menjalankan aktiviti mewarna bagi kanak-kanak berusia 7-13 tahun. Namun begitu aktiviti tersebut dijalankan beberapa hari awal iaitu pada Sabtu 19 Mac 2022, bagi membendung penularan virus covid-19... read more

Program Advokasi Klik Dengan BIjak & Pertandingan Mewarna Bersama Warga Kemas Felda Jelai 4

22 February 2022 | Berita Terkini

Program Advokasi Klik Dengan BIjak & Pertandingan Mewarna Bersama Warga Kemas Felda Jelai 4 22.02.2022 | Selasa | 10 pagi – 12 tengahari   Pada 22 Februari yang lalu, PEDI Felda Jelai 4 berkolaborasi dengan Perpustakaan Desa Felda Jelai 4 untuk menjalankan program bersama iaitu Program Advokasi Klik Dengan BIjak & Pertandingan Mewarna Bersama Warga Kemas Felda Jelai 4. Program ini bermula seawall jam 10 pagi dan berakhir sekitar jam 12 tengahari bertempat di Tabika Kemas Felda Jelai 4. Program kali ini dijalankan oleh para guru Tabika Kemas Felda Jelai 4 dan dibantu oleh PEDi dengan menyediakan kertas... read more

Program Advokasi KDB & Pertandingan Mewarna

08 January 2022 | Berita Terkini

8 Januari yang lalu, PEDi Felda Jelai 4 telah mengadakan Program Advokasi KDB & Pertandingan Mewarna bagi kategori kanak-kanak berusia 7 hingga 15 tahun. Program ini diadakan pada jam 3 hingga 5 petang. Seramai 15 peserta telah mendaftarkan diri untuk program kali ini. Program Advokasi KDB & Pertandingan Mewarna pada kali ini dapat dijayakan di PEDi berbeza dengan beberapa bulan yang lalu. Para peserta nampak begitu teruja dan bersemangat untuk melakukan aktiviti di dalam PEDi oleh kerana sudah beberapa bulan kebelakangan ini semua aktiviti yang dijalankan adalah secara atas talian sahaja. Program bermula tepat jam 3... read more

Usahawan Q4 2021 : CIk Nur Shahira Binti Rusman

26 December 2021 | Kisah Kejayaan

  Cik Nur Shahira Binti Rusman merupakan anak peneroka Felda Jelai 4. Beliau yang berumur 23 tahun merupakan seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai Diploma Engineering daripada Universiti Malaysia Perlis. Bermula daripada sekadar ingin mencari duit poket semasa cuti semester, tetapi sekarang telah menjadi punca pendapatan beliau.   Cik Shahira merupakan anak ke 2 daripada 3 orang adik beradik. Ibu dan bapa beliau adalah peniaga kecil-kecilan iaitu menjalankan perniagaan runcit.   Namun demikian, sejak menjalankan perniagaan pada tahun 2019 beliau terus mendaftarkan perniagaan beliau yang diberi nama Fancy Bakey. Pada awalnya, beliau hanya menjual kudap-kudapan seperti coklat... read more

Usahawan Q4 2021 : Puan Hapiazah Binti Abu Yamin

23 December 2021 | Kisah Kejayaan

Puan Hapiazah Binti Abu Yamin merupakan anak peneroka Felda Jelai 4. Beliau yang berumur 44 tahun merupakan seorang usahawan yang berjaya. Bermula daripada sekadar hobi, tetapi sekarang beliau telah mengusahakan sebuah perniagaan ikan hiasan dan lobster.   Puan Hapiazah merupakan anak ke 2 daripada 8 orang adik beradik. Beliau dan keluarga juga menetap di Felda Jelai 4. Selain itu, beliau juga sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata dan kesemuanya lelaki. Suami beliau Encik Sardono sentiasa memberi dorongan kepada beliau untuk terus maju dalam perniagaannya. Malahan, Encik Sardono juga sering membantu isterinya... read more

Program Advokasi KDB, Scramble Word, Paper Craft dan Hidangan Menu Minum Petang Berasaskan Mee Gore

15 December 2021 | Berita Terkini

Pada 15 Disember yang lalu, PEDi Felda Jelai 4 Perpustakaan Felda Jelai 4 telahpun mengadakan program penutup tahun 2021 bersama komuniti Felda Jelai. Program Advokasi KDB, Scramble Word, Paper Craft dan Hidangan Menu Minum Petang  Berasaskan Mee Goreng diadakan di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Felda Jelai 4 dan dijalankan secara 2 sesi bagi memenuhi kriteria prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).                                                                      Aktiviti pertama dijalankan pada 11 Disember 2021, pada jam 3 hingga 5 petang. Aktiviti dijalankan bersama pengunjung-pengunjung cilik PEDi berumur 7 hingga 13... read more