Usahawan Q4 2021 : Puan Hapiazah Binti Abu Yamin

23 December 2021 | Kisah Kejayaan

Puan Hapiazah Binti Abu Yamin merupakan anak peneroka Felda Jelai 4. Beliau yang berumur 44 tahun merupakan seorang usahawan yang berjaya. Bermula daripada sekadar hobi, tetapi sekarang beliau telah mengusahakan sebuah perniagaan ikan hiasan dan lobster.

 

Puan Hapiazah merupakan anak ke 2 daripada 8 orang adik beradik. Beliau dan keluarga juga menetap di Felda Jelai 4. Selain itu, beliau juga sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang cahaya mata dan kesemuanya lelaki. Suami beliau Encik Sardono sentiasa memberi dorongan kepada beliau untuk terus maju dalam perniagaannya. Malahan, Encik Sardono juga sering membantu isterinya untuk membina atau membuat tempat ternakan ikan dan lobster yang baru.

Puan Hapiazah telah menternak pelbagai jenis ikan hiasan antaranya ikan laga, ikan guppy dan lobster. Pada awalnya hanya sedar hobi tetapi rasa cinta itu datang apabila melihat keindahan ikan tersebut. Maka bermulanya ternakan ikan pada tahun 2019.

 

Terdapat perbezaan harga terhadap bentuk dan corak pada setiap ikan laga yang dijual oleh beliau. Semakin cantik ikan, semakin mahal ikan tersebut. Harga ikan laga bermula serendah RM5.00 sehingga RM100.00 ke atas. Selain itu, ikan guppy juga terdapat peminatnya yang tersendiri. Harga ikan guppy sedikit berbeza berbanding ikan laga iaitu bermula dari RM3.50 seekor sehingga RM40.00 untuk sepasang.

 

Pada tahun 2020, beliau dan suami mula tertarik dengan ternakan lobster. Pada mulanya hanya ternak secara kecil-kecilan iaitu 4 ekor sahaja. Tetapi sekarang beliau sudah mempunyai banyak ternakan lobster. Malahan, beliau juga telah menjual lobster tersebut.

 

Pada awalnya, beliau hanya menyebarkan tentang pernigaannya ini melalui jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat sahaja. Selepas menggunakan perkhidmatan ICT di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, sedikit sebanyak dapat membantu beliau menambah pendapatan hariannya. Perniagaan beliau juga turut mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dikalangan kanak-kanank sehingga dewasa.

 

Dengan berbuat demikian, kini beliau rajin muat naik gambar perniagaannya di medial social seperti Facebook dan Whatsapp. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Puan Hapiazah juga sering berkunjung ke PEDi untuk belajar cara membuat poster, mencetak dan sebagainya. Selain itu, beliau juga menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berhubung dengan pelanggan di alam maya.

 

Semoga perniagaan Puan Hapiazah bertambah maju dan terus berjaya.