Usahawan Q4 2021 : CIk Nur Shahira Binti Rusman

26 December 2021 | Kisah Kejayaan

 

Cik Nur Shahira Binti Rusman merupakan anak peneroka Felda Jelai 4. Beliau yang berumur 23 tahun merupakan seorang usahawan yang berjaya dan mempunyai Diploma Engineering daripada Universiti Malaysia Perlis. Bermula daripada sekadar ingin mencari duit poket semasa cuti semester, tetapi sekarang telah menjadi punca pendapatan beliau.

 

Cik Shahira merupakan anak ke 2 daripada 3 orang adik beradik. Ibu dan bapa beliau adalah peniaga kecil-kecilan iaitu menjalankan perniagaan runcit.

 

Namun demikian, sejak menjalankan perniagaan pada tahun 2019 beliau terus mendaftarkan perniagaan beliau yang diberi nama Fancy Bakey. Pada awalnya, beliau hanya menjual kudap-kudapan seperti coklat jar, kerepek dan lain-lain. Tetapi semenjak tahun 2020, beliau telah menjalankan perniagaan tetap beliau iaitu menjual donut dan pelbagai jenis roti.

 

Pada waktu yang sama, beliau juga sering membuat menu-menu baru untuk menaiktaraf setiap makanan yang dijual oleh beliau. Beliau membuat produk makanan hanya di rumah sahaja dan beliau mempunyai 3 orang pekerja mahir. Selain itu, beliau juga telah membuka gerai donut di Gemas.

Malahan, beliau mempunyai pelbagai jenis menu didalam pernigaan sehariannya. Sebagai contoh donut viral dengan nama bomboloni, donut besar, roti sosej, roti sarang lebah, roti pizza dan dengan pelbagai jenis kek. Selain itu, beliau juga menjual kuih raya pada setiap musim perayaan.

 

Cik Shahira juga mengambil tempahan membuat donut, kek untuk kenduri kahwin, akikah, tunang dan lain-lain lagi. Beliau juga ada membuat penghantaran dari rumah ke rumah.

 

Pada awalnya, beliau hanya menyerbakan tentang pernigaannya ini melalui jiran-jiran dan rakan-rakan terdekat sahaja. Selepas menggunakan perkhidmatan ICT di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia, sedikit sebanyak dapat membantu beliau menambah pendapatan hariannya. Perniagaan beliau juga turut mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dikalangan kanak-kanak sehingga dewasa.

 

Dengan berbuat demikian, kini beliau rajin muat naik gambar perniagaannya di medial social seperti Facebook dan Whatsapp. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Cik Shahira juga sering berkunjung ke PeDi untuk belajar cara membuat poster, mencetak dan sebagainya. Selain itu, beliau juga menggunakan aplikasi whatsapp untuk berhubung dengan pelanggan di alam maya.

 

Semoga perniagaan Cik Shahira bertambah maju dan terus berjaya.