Program Advokasi Klik Dengan Bijak, Mari Mewarna & Jom Menabung Bersama Tabung Haji

09 June 2022 | Berita Terkini

Pada 9 Jun 2022, pihak PEDi Felda Jelai 4 telahpun mengadakan Program Advokasi Klik Dengan Bijak, Mari Mewarna & Jom Menabung Bersama Tabung Haji cawangan Gemas. Program ini bermula seawal jam 10 pagi bagi pertandingan mewarna , manakala kaunter bergerak Tabung Haji dibuka pada jam 10.30 pagi dan kesemuanya berakhir jam 12.30 tengahari.

Bagi pertandingan mewarna, penyertaan yang diterima adalah seramai 20 orang peserta. Kesemua mereka terdiri daripada pelbagai peringkat umur bermula dari 5 hingga 13 tahun. Kebanyakkannya disertai oleh para penjaga dan ibubapa masing-masing sebagai tanda sokongan kepada anak-anak.

Manakala bagi kaunter bergerak Tabung Haji pula, mereka menerima pelanggan pertama seawal jam 10.30 pagi dan pelanggan seterusnya hadir tanpa putus sehingga jam 12.30 tengahari. Ada diantara mereka yang hadir untuk membuka akaun baharu untuk anak-anak, menyimpan wang dan banyak lagi.

 

Untuk rekod, pihak Tabung Haji cawangan Gemas telahpun beberapa kali hadir ke PEDi Felda Jelai 4 untuk membuka kaunter bergerak mereka. Ini merupakan kali yang ke-3 mereka berada di sini dan menyantuni komuniti di Felda Jelai 4 ini.

Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat dan hadir dalam menjayakan aktiviti dan program bersama PEDi pada hari ini. Semoga berjumpa lagi di waktu akan datang.