CELIK IT Q2 2022 : NAQIYYAH ZAHIRAH BINTI ZULKEFLI

22 June 2022 | Berita Terkini

Kisah Celik IT (2022) – (Kuarter 2) 

 

Maklumat Peserta

Nama  : Naqiyyah Zahirah Binti Zulkefli

Umur  : 7

No IC : 150528-05-0342

Tahun Menjadi Ahli  : 22 Jun 2022

Pusat Ekonomi Digital : Felda Jelai 4

No Telefon :  -

Email : -

                 

Naqiyyah Zahirah Binti Zulkefli merupakan anak bongsu daripada 3 orang adik beradik yang terdiri daripada dua perempuan dan satu lelaki. Kedua ibu bapa beliau berasal dari Felda Jelai. Bapa Naqiyyah bekerja sebagai penoreh getah manakala ibunya berkerja sebagai pembuat kuih secara sejuk beku. Kini, Naqiyyah menetap bersama keluarga dan neneknya di Felda Jelai 3.

Naqiyyah berumur 7 tahun dan merupakan pelajar tahun 1 Bijak di Sekolah Kebangsaan Felda Jelai 3. Pada awalnya, beliau hadir ke PEDi bersama abang untuk menemani abangnya bagi melayari Youtube.

Kemudian, ibunya menghantar beliau serta abangnya ke PEDi untuk melayari internet seterusnya mendaftarkan mereka sebagai ahli PEDi selepas diterangkan kelebihan mendaftar sebagai ahli oleh pihak pengurus PEDi.

Sebelum ini, Naqiyyah tidak begitu mahir menggunakan komputer serta mengerakkan cursor atau tetikus. Namun setelah mendapat tunjuk ajar dari Penolong pengurus PEDi, beliau lebih berkeyakinan untuk menggunakan tetikus serta dapat meneroka laman sesawang Youtube dengan sendirinya.

Oleh itu, sangat bertepatan dengan saranan kerajaan supaya komuniti di luar bandar untuk sama-sama celik IT dengan komuniti di bandar. Tidak mustahil untuk anak-anak di luar bandar berjaya, mereka hanya perlukan sokongan dari masyarakat sekeliling mereka.