USAHAWAN Q2 2022 : NURULHAZERAH BINTI ABD GHANI

23 June 2022 | Berita Terkini

Usahawan Q2 2022 

Nama  : Nurulhazerah Binti Abd Ghani

Umur  : 30

No Telefon : 0176144375 /0196165234

Email : nurulhazerah73@gmail.com

Bentuk Perniagaan : Sejuk Beku

Nama facebook : Erra Aiskrimhipster

Anak no berapa : 5

Bil adik beradik : 7

Nama suami :- Muhammad Syafiq Bin Ahmad

Tahun kahwin : 2010

Anak berapa orang : 4

Tahun mula berniaga : 2006

Modal : RM50

Pendapatan awal perniagaan : RM500 (sebulan)

Pendapatan harian terkini : RM50 (RM1500 sebulan)

No SSM :202103180353(003283561-M)

Maklumat Usahawan

Nama  : Nurulhazerah Binti Abd Ghani

Umur  : 30

No Telefon : 0176144375 /0196165234

Email : nurulhazerah73@gmail.com

Bentuk Perniagaan : Sejuk Beku

Nama facebook : Erra Aiskrimhipster

Anak no berapa : 5

Bil adik beradik : 7

Nama suami :- Muhammad Syafiq Bin Ahmad

Tahun kahwin : 2010

Anak berapa orang : 4

Tahun mula berniaga : 2006

Modal : RM50

Pendapatan awal perniagaan : RM500 (sebulan)

Pendapatan harian terkini : RM50 (RM1500 sebulan)

No SSM :202103180353(003283561-M)

 

Puan Nurulhazerah Binti Abd Ghani merupakan anak peneroaka felda Jelai 2. Beliau beumur 30 tahun merupakan seorang usahawan yang berjaya. Beliau juga telah mengusahakan satu kedai menjual aiskrim hipster yang diberi nama Aiskrim Hipster Cik Erra. Puan Nurulhazerah merupakan anak ke 5 daripada 7 orang adik beradik. Beliau telah berkahwin dengan Muhamad Syafiq Bin Ahmad. Hasil perkahwinan beliau telah dikurniakan seramai 4orang cahaya mata yang terdiri daripada 3 perempuan dan 1 lelaki.

Pada tahun 2006, beliau telah memulakan perniagaan menjual aiskrim hipster secara kecil kecil di rumah dengan bermodalkan RM50.00.Perniagaan ni adalah untuk membantu suaminya meningkatkan pendapatan keluarga. Pada mulanya, Aiskrim ini hanya dijual di kawasan sekitar tempat tinggal beliau sahaja. Namun setelah mendapat sambutan hangat dari penduduk kawasan setempat, beliau mula melebarkan jualan beliau di kawasan sekolah  yang terdekat. Dimana sasaran pelanggan beliaun yang utama adalah pelajar sekolah. Pada awal perniagaan beliau,hanya terdapat beberapa perisa sahaja yang dapat disediakan disebabkan kekangan tenaga kerja serta tempat menyimpanan aiskrim.

     

 

Namun begitu, pada tahun 2015, beliau semakin serius dalam perniagaan ini  dapat menghasilkan 24 jenis perasa aiskrim hipster.Perasa aiskrim ini juga diberikan nama yang Catchy bagi menarik minat para pembeli. Selain itu, bagi memberikan pilihan kepada pembeli, beliau juga menyediakan dua jenis saiz aiskrim hispter iaitu saiz biasa dan aiskrim hipster mini. Dimana tercetusnya idea ini, adalah apabila terdapat pelangan ini membeli aiskrim hispter secara banyak untuk dijadikan makanan sampingan di majlis perkahwinan. Maka beliau menghasilkan harga aiskrim hipster yang lebih murah.Beliau juga menyediakan pakej Aiskrim hipster baby mini untuk sebarang majlis keraian.

 

 

Pada tahun 2022 beliau mengorak langkah apabila mula membuat kedai Aiskrim Hipster Cik Erra di rumah mak beliau di Felda Jelai 2. Langkah ini diambil apabila, semakin hari semakin banyak permintaan Aiskrim Hipster Cik Erra bagi majlis keraian seperti jamuan hari raya, majlis perkahwinan dan sebagainya. Kini pendapatan beliau kini melonjak lebih lagi berbanding dahulu yang hanya RM500 sebulan kepada RM1500 sebulan.

Dengan berbuat demikian, kini beliau lebih rajin muat naik gambar perniagaannya di media sosial seperti Facebook dan kumpulan Whatsapp. Sambutan yang diterima amat menggalakkan. Puan Nurulhazerah juga belajar cara untuk membuat poster yang menarik. Selain itu, beliau menggunakan aplikasi Whatsapp untuk berhubungan dengan pelanggan di alam maya.

Semoga perniagaan Puan Nurulhazerah bertambah maju dan terus berjaya.