USAHAWAN Q2 2022 : NORAIN BINTI ABDUL RAHIM

23 June 2022 | Berita Terkini

Usahawan Q2 2022

Nama  : Norain binti Abdul Rahim

Umur  : 33

No IC : 890902-05-5404

Tahun Menjadi Ahli  : 2022

Pusat Internet : Felda Jelai 4

No Telefon : 017 - 2045823

Email : gigicantik89@gmail.com

Bentuk Perniagaan : Menjual pakaian bundle

 

Puan Norain binti Abdul Rahim merupakan antara usahawan online yang berjaya di Felda Jelai. Beliau merupakan anak jati Felda Jelai 4 yang kini menetap di Seri Kembangan, Selangor. Puan Norain merupakan anak ke 5 dari 8 orang adik beradik yang terdiri daripada 3 lelaki dan 5 perempuan . Beliau menamatkan pengajian dalam jurusan Diploma Kaunseling di Kolej Universiti Islam Melaka pada 2015 dan kini beliau baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama pasangan pada awal tahun 2022.

Puan Norain menjalankan perniagaan bundle bermula pada tahun 2018 dan masih lagi bertahan sehingga sekarang. Bermodalkan hanya RM 2000 ,beliau pernah berniaga di tapak Uptown Nilai dan Uptown Enstek Kota Serimas dan beliau kini mempunyai sebuah kedai maya di aplikasi Shopee dan sering membuat “live” atau berniaga secara siaran langsung di aplikasi tersebut.  Menamakan kedai shopee beliau sebagai bchchop_ , kini beliau sudah mempunyai seramai 9.1 ribu pengikut dengan penilaian kedai 5 bintang daripada semua pembeli di kedai maya beliau. Pendapatan hariannya kini mampu mencecah RM 300 hingga RM 700.

Pada awalnya, beliau hanya datang ke PEDi Felda Jelai 4 untuk menggunakan komputer, melayari internet dan meminta pertolongan petugas PEDi untuk mencetak “waybill” untuk disertakan di dalam parcel untuk diposkan kepada pelanggan. 

Selepas menggunakan perkhidmatan ICT di Pusat Ekonomi Digital Felda Jelai 4, sedikit sebanyak beliau telah berjaya untuk menambah pendapatan hariannya. Beliau juga adalah seorang yang ramah dan mudah mesra. Oleh itu , menjadi sangat mudah bagi staff PEDi Felda Jelai 4 untuk membantu dan berhubung dengan beliau. Beliau juga rajin bertanya jika tidak memahami sesuatu perkara yang beliau tidak faham berkaitan internet dan gemar berkongsi cerita mengenai perniagaan beliau.

Malahan, selepas berkongsi idea dan cerita dengan petugas PEDi, beliau kini lebih bersemangat dan juga rajin membuat “live” di shopee dan sambutan yang diterima amat menggalakkan. Walaupun Puan Norain kini menetap di Seri Kembangan, beliau sering pulang ke Felda Jelai dengan membawa semua barang perniagaan untuk jualan dan juga  seringkali berkunjung ke PEDi untuk mencetak sendiri  “AWB” atau waybill bagi setiap pembelian pelanggan shopeenya sebelum membuat pengeposan.

Puan Norain belajar cara untuk untuk memuat turun “AWB” atau waybill dan cara menyunting gambar dengan kaedah yang lebih menarik dengan resolusi yang lebih baik berbanding menggunakan aplikasi yang sering beliau gunakan sebelum ini. Kami mengajarkan beliau cara menggunakan aplikasi canva.com dan “snapseed” di telefon pintar beliau.

 

PEDi  membantu dari segi menyampaikan maklumat ataupun kelas-kelas ICT yang akan diakan. Selain itu, pihat PEDi juga sering membantu beliau untuk memohon sebarang bantuan berbentuk online. Baru-baru ini, kami membantu Puan Norain untuk mendaftarkan perniagaan beliau di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) secara atas talian. Alhamdulillah, permohonan tersebut telah lulus iiatu beliau sudahpun mempunyai akaun secara rasmi di EZBiz dan hanya memerlukan langkah terakhir iaitu proses untuk menyiapkan pendaftaran syarikat beliau secara sah dengan SSM.

Semoga selepas ini perniagaan Puan Norain akan bertambah maju dan berjaya kelak.