Usahawan 5: Norafzan Binti Norman (Peniaga Makanan & Minuman Ringan)

16 June 2016 | Kisah Kejayaan

Nama Usahawan: Norafzan binti Norman

Nama Syarikat: Ela Norman Enterprise

Pendidikan: SPM

Fokus Perniagaan: Makanan dan minuman  

No Telefon: 013-3545508

Tarikh Mula Perniagaan: 2013

Puan Norafzan binti Norman atau lebih mesra dengan panggilan 'Kak Yan' berumur 32 tahun berasal dari Felda Jelai 3 dan telah mendirikan rumahtangga bersama jejaka pilihan hatinya iaitu En. Saharudin Sobirin yang berasal dari Felda Jelai juga.Beliau mendapat pendidikan di Sek Men.(F) Jelai sehingga tahun 2000. pada tahun 2001 sehingga 2013 beliau telah bekerja dibeberapa buah kilang untuk mencari pengalaman kerja.  Pada tahun 2013 beliau telah berhenti kerja dan telah membuka sebuah perniagaan menjual makanan dan minuman ringan  sehingga kini.Beliau menjual pelbagai jenis makanan dan minuman ringan seperti, wafer, wafer stik, jagung cawan, ice blended, ice cream, dan minuman berkarbonat.  Beliau merupakan antara usahawan paling muda yang berasal dari Felda Jelai.

 Puan Norafzan memberitahu tercetusnya idea untuk memulakan perniagaan pada masa itu ialah beliau terjumpa iklan didalam surat khabar peluang perniagaan khas untuk kaum bumiputera yang diiklankan oleh Usahawan.com iaitu dari syarikat Exora Marketing.Syarikat tersebut menawarkan pembelajaran sehingga pandai tanpa mengenakan sebarang bayaran untuk yuran pembelajaran. Hal ini membuatkan Puan Norafzan tertarik untuk menceburi dirinya didalam dunia perniagaaan. Beliau mendapatkan semua peralatan dan stok bahan mentah dari syarikat Exora Marketing sehingga kini. Stok bahan mentah yang diperolehi lebih murah daripada pembekal luar. Selain itu perkhidmatan yang diberikan sangat cepat dan pantas. Beliau sangat berpuas hati kerana memudahkan urusan perniagaan beliau jika stok kehabisan.

Menurut kata Puan Norafzan, mencari pelanggan bagi menu makanan barat ini bukan suatu yang mudah dan memerlukan kegigihan dalam memperkenalkan dan menghebahkan agar komuniti tahu kewujudan perniagaan beliau. Beliau juga tidak mahu tercicir di dalam penggunaan dunia digital dan menjadikan internet sebagai satu medium untuk beliau meluaskan pasaran dan pengiklanan. Puan Norafzan memperkenalkan menu kedai beliau melalui whatsapp, facebook dan terkini melalui Instagram. “Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan” kata Puan Norafzan berkaitan dengan kegigihan beliau menapak di dalam dunia perniagaan yang diceburi selama 3 tahun ini. 

Bila ditanya tentang kewujudan dan pengetahuan beliau tentang Pusat Internet 1Malaysia Felda Jelai 4, beliau berkata Pi1M (f) Jelai 4 merupakan sebuah pusat pembelajaran internet yang terbaik untuk dimanfaatkan terutama bagi peniaga sepertinya. Dengan perkhidmatan belajar secara percuma dan masa yang fleksibel memberi peluang kepada beliau dan suami untuk belajar menjadi usahawan atas talian tanpa memerlukan bajet yang besar untuk belajar. Katanya lagi, perkhidmatan yang disediakan di Pi1M (f) Jelai 4 juga bukan sahaja berjaya menarik minat beliau sebagai peniaga tetapi juga perkhidmatan e-pembelajaran bagi pelajar juga telah memberi peluang untuk anak-anak beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran. Puan Norafzan sangat bersyukur dan gembira kerana di Felda Jelai Kompleks wujudnya tempat belajar internet seperti Pusat Internet 1Malaysia Felda Jelai 4 . Harapan dan impian Puan Norafzan agar Pi1M (f) dapat mempelbagaikan lagi kelas-kelas dan seminar berkaitan usahawan kecil sepertinya.