Usahawan 3 : Norhanisah bt Mohd Akhbar (Joolai Coffee)

09 August 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama  Usahawan    : Norhanisah Binti Mohd Akhbar

Nama Perniagaan   : Joolai Coffee

No. Telefon        :010-4113865

Pendidikan        :  Sijil Pelajaran Malaysia

Fokus Perniagaan :. Pelbagai Jenis Coffee ( Big Cup)

Alamat premis  : No 154 Felda Jelai 4

Tarikh berniaga : 2015

 

Nama diberi Cik  Norhanisah Binti Mohd Akhbar, berumur 32 tahun pemegang kad pengenalan 840216-05-5206, kelulusan tertinggi akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Felda Jelai. Perniagaan beliau  adalah menjalankan perniagaan Minuman yang menjadi trend sekarang yang turut sama dibantu oleh seorang pekerja. Beliau menjalankan perniagaan minuman di  rumah yang  beralamat di No 154 Felda Jelai 4. Dengan dorongan ahli keluarga ,beliau telah menjalankan perniagaan ini  yang diberi nama Joolai Coffee yang beroperasi sejak bulan November 2015.

Sebelum memulakan perniagaan minuman ini beliau telah mencuba beberapa jenis perniaagaan dan pekerjaan. Pada mulanya beliau bekerja di kedai serbaneka 7eleven selama lima tahun dan banyak pengalaman yang beliau perolehi. Selepas beliau berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang kurang sihat beliau  terfikir untuk berniaga secara online. Dimana pada masa itu perniagaan online menjadi trend dan mendapat sambutan yang sangat tinggi. Perniagaan online beliau jalankan dengan menjual tudung, baju, dan beberapa barangan penjagaan wanita.

Setiap perniaagan pasti ada pasang surutnya.Oleh kerana kekangan masa untuk beliau mengurus perniaagan online sambil menjaga ibu yang kurang sihat masa beliau amat terhad. Beliau telah mencuba untuk berniaaga secara offline dimana beliau telah berniaaga di pasar malam.  Dengan kebolehan yang beliau  perolehi beliau menjual makanan serta kuih muih. Selain itu beliau juga mendapat tender di sekolah.

 Pada bulan November 2015 beliau mendapat idea untuk mencuba sesuatu yang baru. Dimana pada masa itu minuman ini sangat popular seperti “big cup” , “Mug Kaw Ijaw” ,”Kopi Melekat”, dan macam-macam lagi. Bagi beliau tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru selagi kita berusaha dan jujur membuat sesuatu perkara pasti akan berjaya. Beliau hanya membuka kedai minuman dihalaman rumah  dan membuat perkhidmatan penghantaran dirumah atau tempat kerja. Ianya mendapat sambutan yang sangat tinggi daripada komuniti Felda Jelai 1 sehingga Felda Jelai 4 malahan juga penduduk sekitar gemas yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Sebarang tempahan boleh hubungi beliau melalui:

  •   Facebook : https://www.facebook.com/manjer84?fref=ts
  •   whatsapp  : 010-4113865
  •   sms/ call    : 010-4113865                                

 

                                                                  

                                                                        Gambar 1: Antara minuman yang menjadi kegemaran para pelanggan

                                                          

                                                                                               Gambar 2 : menu special untuk pelanggan 

                                                                                                    

                                                                                                         Gambar 3 : antara medium pemasaran yang sering digunakan