Usahawan 2 : Katijah binti Saliman ( Goreng Pisang Awesome)

01 July 2016 | Profil Usahawan Tempatan

Nama  Usahawan    : Katijah binti Saliman

Nama Perniagaan   : Gerai Pisang Goreng 

No. Telefon        : 01116083757

Pendidikan        :  Siji Tinggi Pelajaran Malaysia ,Sek.Men.Keb. Gemas

Fokus Perniagaan : Menjual pisang goreng dan pelbagai jenis kuih-muih / menerima sebarang tempahan kuih-muih untuk pelbagai jenis majlis. 

Alamat premis  : No. 1 Bangunan Kedai, Padang Awam Felda Jelai 4, 73480 Gemas, Negeri Sembilan

Tarikh berniaga : Mac 2012

 

Puan Katijah Binti Saliman atau lebih mesra dipanggil "katy" berumur 33 tahun merupakan seorang usahawan muda di Felda Jelai 4. Merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya matanya. Suami beliau , En Muhammad Hamdan bin Zainal juga  merupakan seorang peneroka dan penternak lembu secara kecil-kecilan. Beliau mempunyai tiga orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Semua anak-anak beliau bersekolah di Felda Jelai 4. Beliau telah memulakan perniagaan pisang goreng pada tahun 2012. Beliau telah memulakan perniagaan di alamat No. 1 Bangunan Kedai, Padang Awam Felda Jelai 4 atau lebih mudah dikenali dengan panggilan "kedai pisang goreng pi1m" ini kerana kedai beliau dibelakang bangunan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jelai 4. 

Puan Katijah mengurus perniagaannya sendirian dan hanya dibantu oleh anak-anak beliau ketika cuti sekolah dan diwaktu lapang. Pada permulaan perniagaan beliau hanya menjual pisang goreng dan mendapat sambutan dari orang ramai kerana rasa keenakan pisang goreng beliau. Selain itu, beliau juga menjual minuman ringan, kuih-muih, burger dan telor( telor yang disalut sos dan mayonis) yang menjadi pilihan utama oleh anak-anak yang datang menggunakan pusat internet 1 malaysia. Selain itu juga , Puan Katijah menerima sebarang tempahan kuih untuk perbagai jenis majlis, antaranya majlis kesyukuran, majlis pertunangan , majlis perkahwinan, dan pelbagai jenis keramaian.

Pada tahun lepas, Puan Katijah telah mengolah pisang goreng biasa kepada pisang goreng ‘cheese’/berkeju yang menjadi trend pada masa itu dan mendapat sambutan sehingga kini. Beliau sentiasa mencuba sesuatu yang baru untuk menambahbaik perniagaan beliau. Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus menghubungi beliau melalui:

 

  • No telefon : 01116083757
  • Whatsapp : 01116083757
  • Facebook : https://www.facebook.com/profile.php?id=100006555708988&fref=ts
  • Alamat :  No. 1 , Bangunan Kedai, Padang Awam Felda Jelai 4, 73480 Gemas , Negeri Sembilan. 

 

 

     

                                                                           

                                                                                           Rajah 1 :  antara kuih muih yang disediakan untuk jualan harian

 

                                                                         

                                                                       Rajah 2 : Antara menu burger yang terdapat di gerai Puan Katijah

 

                                                                                                   

                                              Rajah 3 : Kerepek pisang yang dihasilkan sendiri oleh Puan katijah juga dijual di gerai beliau