Mengenai Pusat Internet

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Jelai 4, terletak di kawasan tumpuan komuniti Felda Jelai 4, bersebelahan dengan padang awam dan juga kawasan tumpuan yang lain seperti masjid.

Merupakan satu-satunya pusat latihan komputer dan pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan ICT yang murah dan berpatutan.  Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Jelai 4, juga sesuai  bagi kegunaan  mereka yang ingin membuat capaian internet dengan mudah.

Objektif penubuhan

- Kemudahan akses internet secara kolektif
- Pendedahan teknologi IT kepada penduduk luar bandar setaraf dengan bandar
- Memanfaatkan kemudahan disediakan untuk meningkatkan taraf ekonomi dan sosial
- Menyumbang ke arah mengurangkan jurang digital di antara masyarakat luar bandar dan bandar
- Membantu mencapai matlamat dalam Pelan Jalurlebar Kebangsaan.


Misi dan Halatuju Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Jelai 4,
- Pusat Capaian Maklumat
- Pusat Kempen Kesedaran Jalur lebar
- Pusat E-Dagang
- Pusat E-Pembelajaran
- Pusat Pembangunan Insan
- Pusat Jaringan Sosial


Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Jelai 4,telah ditubuhkan pada tahun 2010 dibawah program inisiatif jalur lebar kebangsaan yang dikelolakan oleh Kementerian Komunikasi Multimedia Malaysia. Sehingga kini Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Jelai 4, telah beroperasi selama 12 tahun dan akan berterusan dalam memberi pendedahan dan galakan kepada komuniti untuk mempelajari dan menggunakan dunia teknologi ini dengan berkesan.

Kemudahan dan Perkhidmatan yang terdapat di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Jelai 4,

1) Perkhidmatan Melayari Internet
2) Perkhidmatan Mencetak, Fotostat dan Mengimbas Dokumen
3) Kelas Komputer dan juga Kelas Tuisyen E-Pembelajaran
4) Kelas Usahawan
5) Perkhidmatan E-Perbankan dan Portal Kerajaan
6) Membaik pulih komputer dan telefon pintar

PEDI dan Komuniti Felda Jelai  Empat 

Komuniti di sini yang majoriti adalah penoreh getah merupakan komuniti yang mesra dan berfikiran terbuka walaupun mereka adalah penduduk luar bandar. Kehadiran Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Jelai 4, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan implikasi dari penubuhan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Jelai 4, ini telah berjaya melonjakkan komuniti setempat ini ke satu fasa teknologi yang seiring dengan penduduk di bandar. Sekaligus menjadikan objektif utama penubuhan PEDI yakni ingin merapatkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan di bandar ternyata terlaksana.

Lokasi

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Felda Jelai 4,

Mukim

Tampin

Daerah

Gemas

Negeri

Negeri Sembilan

Populasi

3821 orang

Lat/Long Pi1M

2.649 / 102.47

Aktiviti Utama

Menoreh Getah , Berniaga, Menternak Haiwan Ternakan

Jumlah Keahlian

(sehingga Julai 2022)

1952 orang

Pemberi Perkhidmatan

Celcom Axiata Berhad

Laman Sesawang

www.celcom1cbc.com/jelai-4

https://www.facebook.com/PEDiFeldaJelai4

 

Hotspot Wifi Komuniti

        PIM Felda Jelai 4



Fasiliti dan Kemudahan yang terdapat di sekitar Felda Jelai 4

Pendidikan

Terdapat empat buah Tadika KEMAS , tiga buah sekolah rendah  kebangsaan dan sebuah sekolah menengah kebangsaan di sekitar kawasan Felda Jelai Kompleks. Penduduk setempat menghantar anak-anak dan cucu mereka di sekolah yang berhampiran dengan rumah memandangkan terdapat pilihan institusi pendidikan di kawasan ini.

Kesihatan

Kawasan Felda Jelai juga mempunyai Klinik Kesihatan kerajaan di mana klinik ini menawarkan khidmat rawatan perubatan meliputi kes-kes ringan dan juga separa kritikal seperti kemalangan kecil, bersalin dan kencing manis, darah tinggi ,serta lain-lain kes yang biasa.Unit kecemasan dan ambulans juga terdapat di klinik ini dan dibuka 24 jam setiap hari.

Keselamatan

Keselamatan dan kesejahteraan penduduk Felda Jelai juga di jaga dengan baik oleh pihak polis . Terdapat sebuah balai polis di Felda Jelai 3 yang di buka 24 jam sehari. Juga rondaan kawasan sekitar turut dijalankan pada setiap malam bagi memastikan keselamatan kawasan setempat. Sebarang Aduan boleh dibuat di talian :
                                                  

 

Balai       : Balai Polis Felda Jelai 3,    

73480 Gemas, Negeri Sembilan.

No. Tel  : +606-4347393









Kesenian dan  kebudayaan

Terdapat pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan di sekitar kawasan Felda Jelai. Belia dan juga para penduduk sangat aktif menjalankan aktiviti kebudayaan dan tradisi yang telah lama ada di kawasan ini. Antara aktiviti yang selalu di anjurkan aktiviti berrmain muzik tradisional seperti cak leng pong, tarian zapin, kompang kenduri-kendara dan juga pertunjukan silat melayu. Pengunjung yang datang ke Felda Jelai boleh menikmati dan melihat aktiviti kebudayaan ini pada hari minggu dan juga di rumah kenduri-kendara yang berlangsung.

Kawasan Rekreasi dan santai

1) Taman Tasik Felda Jelai 3

Tempat riadah dan santai juga terdapat di sekitar Felda Jelai. Di Felda Jelai 1  terdapat taman tasik buatan yang di buka untuk orang awam yang berminat untuk beriadah dan bersantai bersama keluarga.Aktiviti bersantai seperti berbasikal, membaca buku , berkelah dan berparti dapat di lakukan di taman ini.


2) Kolam Ikan Jani

Bagi penggemar dengan aktiviti memancing, Kolam Ikan Jani menyediakan kemudahan memancing untuk keluarga dan individu yang ingin mengisi lapang dengan kegiatan memancing . Terdapat pelbagai ikan air tawar yang bersaiz besar menanti para pengunjung. 



3) Gelanggang Futsal

Bagi belia dan penduduk yang minat kegiatan aktif dan bersukan, aktiviti dan pertandingan futsal boleh diadakan di gelanggang futsal yang di sediakan. Terdapat 4 gelanggang futsal yang terdapat di sekitar kawasan Felda Jelai.Pelbagai program dan aktiviti berkaitan sukan dan riadah banyak diadakan di kawasan ini.

 


Pejabat Pos

Pengeposan barangan dan surat boleh dilakukan di Pos Mini Malaysia yang terletak bangunan D'Mart Felda Jelai Kompleks. Perkhidmatan pembayaran bil-bil kegunaan harian rumah juga turut disediakan.



Stesen Minyak

Terdapat dua buah stesen minyak di kawasan Felda Jelai bagi memudahkan para penduduk dan pengunjung untuk mengisi minyak petrol dan Diesel setiap hari. Petrol yang dijual adalah jenis RON 95 manakala RON97 tidak dijual kerana kekurangan permintaan .


Bandar yang berdekatan

Bandar yang paling hampir dengan Felda Jelai Empat adalah Gemas dan juga Gemencheh. Jangkaan perjalanan bagi yang menaiki kenderaan adalah 15 minit sekiranya kenderaan tidak banyak di atas jalan. Kedua-dua bandar kecil ini memberi kemudahan yang lengkap kepada komuniti Felda Jelai 4 untuk menjalankan  kegiatan dan rutin harian .

Lokasi menarik di sekitar Felda Jelai 4

1) Dari Dapur Panas Cik Su (DDPCS)

2) Perpustakaan Desa Felda Jelai 4

3) PEDi Felda Jelai 4

4) Kedai Dobi Jelai 

5) Pusat Sukan Gim Felda Jelai 2

6) Air Ipoh Cokelat Viral 

7) Roti Canai "Man Black" Felda Jelai 4

8) Pusat Kecantikan Spa Balqis Felda Jelai 4

9) Bakop Kitchen 
10) Dobot Cafe