Ekonomi dan Keusahawanan



JOOLAI COFFEE HOUSE


Nama  Usahawan    : Norhanisah Binti Mohd Akhbar

Nama Perniagaan   : Joolai Coffee

No. Telefon        :010-4113865

Pendidikan        :  Sijil Pelajaran Malaysia

Fokus Perniagaan :. Pelbagai Jenis Coffee ( Big Cup)

Alamat premis  : No 154 Felda Jelai 4

Tarikh berniaga : 2015

 

Nama diberi Cik  Norhanisah Binti Mohd Akhbar, berumur 32 tahun pemegang kad pengenalan 840216-05-5206, kelulusan tertinggi akademik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Sekolah Menengah Felda Jelai. Perniagaan beliau  adalah menjalankan perniagaan Minuman yang menjadi trend sekarang yang turut sama dibantu oleh seorang pekerja. Beliau menjalankan perniagaan minuman di  rumah yang  beralamat di No 154 Felda Jelai 4. Dengan dorongan ahli keluarga ,beliau telah menjalankan perniagaan ini  yang diberi nama Joolai Coffee yang beroperasi sejak bulan November 2015.

Sebelum memulakan perniagaan minuman ini beliau telah mencuba beberapa jenis perniaagaan dan pekerjaan. Pada mulanya beliau bekerja di kedai serbaneka 7eleven selama lima tahun dan banyak pengalaman yang beliau perolehi. Selepas beliau berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang kurang sihat beliau  terfikir untuk berniaga secara online. Dimana pada masa itu perniagaan online menjadi trend dan mendapat sambutan yang sangat tinggi. Perniagaan online beliau jalankan dengan menjual tudung, baju, dan beberapa barangan penjagaan wanita.

Setiap perniaagan pasti ada pasang surutnya.Oleh kerana kekangan masa untuk beliau mengurus perniaagan online sambil menjaga ibu yang kurang sihat masa beliau amat terhad. Beliau telah mencuba untuk berniaaga secara offline dimana beliau telah berniaaga di pasar malam.  Dengan kebolehan yang beliau  perolehi beliau menjual makanan serta kuih muih. Selain itu beliau juga mendapat tender di sekolah.

 Pada bulan November 2015 beliau mendapat idea untuk mencuba sesuatu yang baru. Dimana pada masa itu minuman ini sangat popular seperti “big cup” , “Mug Kaw Ijaw” ,”Kopi Melekat”, dan macam-macam lagi. Bagi beliau tidak salah untuk mencuba sesuatu yang baru selagi kita berusaha dan jujur membuat sesuatu perkara pasti akan berjaya. Beliau hanya membuka kedai minuman dihalaman rumah  dan membuat perkhidmatan penghantaran dirumah atau tempat kerja. Ianya mendapat sambutan yang sangat tinggi daripada komuniti Felda Jelai 1 sehingga Felda Jelai 4 malahan juga penduduk sekitar gemas yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Sebarang tempahan boleh hubungi beliau melalui:


  •   Facebook : https://www.facebook.com/manjer84?fref=ts
  •   whatsapp  : 010-4113865
  •   sms/ call    : 010-4113865  

  •                 

  • GORENG PISANG AWESOME          
  •     Nama  Usahawan    : Katijah binti Saliman

    Nama Perniagaan   : Gerai Pisang Goreng 

    No. Telefon        : 01116083757

    Pendidikan        :  Siji Tinggi Pelajaran Malaysia ,Sek.Men.Keb. Gemas

    Fokus Perniagaan : Menjual pisang goreng dan pelbagai jenis kuih-muih / menerima sebarang tempahan kuih-muih untuk pelbagai jenis majlis. 

    Alamat premis  : No. 1 Bangunan Kedai, Padang Awam Felda Jelai 4, 73480 Gemas, Negeri Sembilan

    Tarikh berniaga : Mac 2012

     

    Puan Katijah Binti Saliman atau lebih mesra dipanggil "katy" berumur 33 tahun merupakan seorang usahawan muda di Felda Jelai 4. Merupakan seorang isteri dan ibu kepada 4 orang cahaya matanya. Suami beliau , En Muhammad Hamdan bin Zainal juga  merupakan seorang peneroka dan penternak lembu secara kecil-kecilan. Beliau mempunyai tiga orang anak perempuan dan seorang anak lelaki. Semua anak-anak beliau bersekolah di Felda Jelai 4. Beliau telah memulakan perniagaan pisang goreng pada tahun 2012. Beliau telah memulakan perniagaan di alamat No. 1 Bangunan Kedai, Padang Awam Felda Jelai 4 atau lebih mudah dikenali dengan panggilan "kedai pisang goreng pi1m" ini kerana kedai beliau dibelakang bangunan Pusat Internet 1 Malaysia Felda Jelai 4. 

    Puan Katijah mengurus perniagaannya sendirian dan hanya dibantu oleh anak-anak beliau ketika cuti sekolah dan diwaktu lapang. Pada permulaan perniagaan beliau hanya menjual pisang goreng dan mendapat sambutan dari orang ramai kerana rasa keenakan pisang goreng beliau. Selain itu, beliau juga menjual minuman ringan, kuih-muih, burger dan telor( telor yang disalut sos dan mayonis) yang menjadi pilihan utama oleh anak-anak yang datang menggunakan pusat internet 1 malaysia. Selain itu juga , Puan Katijah menerima sebarang tempahan kuih untuk perbagai jenis majlis, antaranya majlis kesyukuran, majlis pertunangan , majlis perkahwinan, dan pelbagai jenis keramaian.

    Pada tahun lepas, Puan Katijah telah mengolah pisang goreng biasa kepada pisang goreng ‘cheese’/berkeju yang menjadi trend pada masa itu dan mendapat sambutan sehingga kini. Beliau sentiasa mencuba sesuatu yang baru untuk menambahbaik perniagaan beliau. Sebarang tempahan atau pertanyaan boleh terus menghubungi beliau melalui:

     

 


DAPUR PANAS CIK SUE

Nama                  : Suhaili binti Abu Bakar

 

Umur                   : 40 tahun

 

No. Telefon        : 019-3770823

 

Pendidikan        : SIjil Pelajaran Malaysia, Sekolah Sains Besut. Terengganu

 

Alamat premis  : No. 213 , Felda Jelai 2 ,73480 Gemas, Negeri Sembilan

 

Pengalaman bekerja : Berkhidmat sebagai Pramugari Tentera Udara Diraja Malaysia selama 15 tahun.

 

 

Tarikh berniaga : Januari 2016 sehingga kini

 

Nama perniagaan: Dapur Panas Cik Sue

 

Bentuk perniagaan: Menjual makanan panas dan minuman

 

Online Platform : FB - https://www.facebook.com/suhaili.abubakar.10?pnref=story

                            Whatsapp : +6019 377 0823

 

Golongan sasaran : Komuniti setempat, para remaja dan kanak-kanak.

 

Rakan Kongsi : Membina perniagaan ini bersama-sama dengan ayahanda dan bonda beliau

 

Kemahiran ICT : Microsoft Office 2013, Facebook Page, Aplikasi Whatsapp , Perbankan Atas Talian.

 

Perkhidmatan Pi1M Yang telah digunakan : Beliau telah mengikuti kelas asas keusahawanan , Microsoft office dan kaedah menggunakan aplikasi whatsapp di dalam telefon pintar.

 

Perkhidmatan pi1m yang di sukai : Perkhidmatan mereka logo dan moto kedai beliau


  


© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.