Kemudahan Awam

Fasiliti dan Kemudahan yang terdapat di sekitar Felda Jelai 4

Pendidikan

Terdapat empat buah Tadika KEMAS , tiga buah sekolah rendah jenis kebangsaann dan sebuah sekolah menengah kebangsaan di sekitar kawasan Felda Jelai Kompleks. Penduduk setempat menghantar anak-anak dan cucu mereka di sekolah yang berhampiran dengan rumah memandangkan terdapat pilihan institusi pendidikan di kawasan ini.

Kesihatan

Kawasan Felda Jelai juga mempunyai Klinik Kesihatan kerajaan di mana klinik ini menawarkan khidmat rawatan perubatan meliputi kes-kes ringan dan juga separa kritikal seperti kemalangan kecil, bersalin dan kencing manis, darah tinggi ,serta lain-lain kes yang biasa.Unit kecemasan dan ambulans juga terdapat di klinik ini dan dibuka 24 jam setiap hari.

Keselamatan

Keselamatan dan kesejahteraan penduduk Felda Jelai juga di jaga dengan baik oleh pihak polis . Terdapat sebuah balai polis di Felda Jelai 3 yang di buka 24 jam sehari. Juga rondaan kawasan sekitar turut dijalankan pada setiap malam bagi memastikan keselamatan kawasan setempat. Sebarang Aduan boleh dibuat di talian :
                                                  

 

Balai       : Balai Polis Felda Jelai 3,    

73480 Gemas, Negeri Sembilan.

No. Tel  : +606-4347393









Kesenian dan  kebudayaan

Terdapat Pelbagai aktiviti kesenian dan kebudayaan yang dijalankan di sekitar kawasan Felda Jelai. Belia dan juga para penduduk sangat aktif menjalankan aktiviti kebudayaan dan tradisi yang telah lama ada di kawasan ini. Antara aktiviti yang selalu di anjurkan aktiviti berrmain muzik tradisional seperti cak leng pong, tarian zapin, kompang kenduri-kendara dan juga pertunjukan silat melayu. Pengunjung yang datang ke Felda Jelai boleh menikmati dan melihat aktiviti kebudayaan ini pada hari minggu dan juga di rumah kenduri-kendara yang berlangsung.

Pejabat Pos

Pengeposan barangan dan surat boleh dilakukan di Pos Mini Malaysia yang terletak bangunan D'Mart Felda Jelai Kompleks. Perkhidmatan pembayaran bil-bil kegunaan harian rumah juga turut disediakan.



Stesen Minyak

Terdapat dua buah stesen minyak di kawasan Felda Jelai bagi memudahkan para penduduk dan pengunjung untuk mengisi minyak petrol dan Diesel setiap hari. Petrol yang dijual adalah jenis RON 95 manakala RON97 tidak dijual kerana kekurangan permintaan .

© 2014 Semua Hakcipta Terpelihara.